Anugerah Khidmat Cemerlang – Pembohongan Terancang?

KENYATAAN MB Selangor,  Mohd Khir Toyo, pada.9 Julai 2007 bahawa pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) di kalangan kakitangan awam adalah satu pembohongan terancang telah mengejutkan banyak pihak. Khususnya, dua pemimpin kakitangan awam iaitu Tan  Sri Ismail (Ketua Pengarah JPA) dan Omar Osman (Presiden CEUPAC) tentulah merasa tercabar dengan dakwaan tersebut. Mereka dengan serta merta telah membuat kenyataan balas sebagai reaksi menafikan perkara tersebut. 

Mohd Khir mempunyai alasan sendiri untuk mendakwa sedemikian. Menurut beliau, amalan pemberian AKC tidak berdasarkan prestasi sebenar tetapi dengan cara mengikut giliran supaya semua kakitangan dapat merasa. Ianya juga berasaskan kenyataan PM, Abdullah Ahmad Badawi, bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam masih berada pada tahap yang rendah.

Kenyataan tersebut adalah umum, namun pada hakikatnya ada kebenaran. Sekiranya begitu ramai yang telah mendapat AKC, masakan kualiti perkhidmatan awam pada hari ini masih di takuk lama, sedangkan implementasi anugerah ini telah berjalan lebih 10 tahun.  

AKC adalah satu insentif kerajaan sebagai motivasi kepada kakitangan awam yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan menggalakkan kakitangan lain untuk mencapai tahap sedemikian. Sistem yang mempunyai garis panduan, kriteria dan prosedur ini adalah baik. Bagaimana pun, kaedah perlaksanaan oleh mereka yang bertanggungjawab dan pemantauan oleh pihak atasan itulah yang menjadikanya tidak berkesan. Ketua-ketua jabatan dan sub-unit yang diberi amanah melaksanakan penilaian bagi menentukan kakitangan yang layak menerima anugerah tersebut mestilah mematuhi serta memenuhi hasrat kerajaan dalam melaksanakan AKC. Mereka tidak patut membuat sistem sendiri dalam mencalonkan penerima yang layak.  

Reaksi yang biasa diperolehi apabila mempersoalkan kelemahan amalan penilaian bagi pencalonan AKC ialah ianya dibuat bukan mengikut kecemerlangan kerja, sebaliknya terdapat ciri-ciri pengukuran yang sempit serta unsur-unsur prajudis, antaranya seperti: 

  • Keutamaan senioriti – Kakitangan yang telah lama berkhidmat diberi keutamaan. Secemerlang mana pun kakitangan baru  tidak akan diambilkira selagi masa belum sampai.    
  • Pilih kasih – Bos (penilai) memilih kakitangan yang menjadi favourite kerana selalu membuat kerjanya (sesetengahnya kerja peribadi), persahabatan yang rapat atau ada hubungan persaudaraan. Kesannya, maka terdapatlah kakitangan yang sama kerap mendapat anugerah. 
  • Ada kuota – Setiap sub-unit jabatan (seksyen / bahagian) telah ditetapkan dari awal lagi bilangan / kouta bagi calon yang akan diberi anugerah. Kuota ditetapkan berkadar dengan bilangan staff. Maka setiap tahun sudah diketahui dari awal berapa ramai kakitangan yang cemerlang dan setiap tahun juga mesti ada sekian ramai kakitangan dari satu-satu seksyen / bahagian yang cemerlang, walaupun proses penilaian belum dibuat. 
  • Ikut giliran – Pemilihan dibuat mengikut giliran supaya semua kakitangan akhirnya berpeluang merasa anugerah. Semasa sesi pencalonan, senarai kakitangan yang belum pernah menerima anugerah akan dirujuk supaya mudah memilih calon atau menentukan giliran.  

Melalui pengamalan sedemikian, berbagai implikasi kurang sihat yang membataskan pencapaian prestasi boleh terjadi. Sesetengah kakitangan yang memang cemerlang boleh menjadi sebaliknya kerana demotivated, sesetengah kakitangan pula bersikap tidak perlu bekerja dengan cemerlang kerana anugerah akan diterima juga bila sampai giliran.  

Apa yang penting dalam perlaksanaan AKC ini ialah kaedah pemilihan yang bertepatan dalam menentukan penerima anugerah. Cemerlang adalah suatu nilai dan ianya berkait dengan kemampuan melaksanakan tugas, kepentingan kerja yang dilakukan, kualiti produk yang dihasilkan dan authenticity dalam pekerjaan oleh seseorang kakitangan. Untuk menilai ‘cemerlang’, ianya memerlukan ketelusan, kejujuran dan keadilan.   

SESUNGGUHNYA, objektif kepada satu sistem yang baik seperti AKC ini hanya dapat dicapai melalui proses perlaksanaan dan pemantauan yang efektif.

21 Responses to Anugerah Khidmat Cemerlang – Pembohongan Terancang?

  1. shawal berkata:

    Setiap yang terjadi pasti ada baik dan buruknya…

    http://mclip.wordpress.com

  2. rahmany berkata:

    kaedah menilai prestasi n cemerlang k/tangan awam patut diubah kpd kaedah yang lebih transparent dan betul, bukan macam sekarang kerana boleh dirancang oleh ketua, ie bos punya suka je….

  3. ahmadi berkata:

    masa saya kje krjaan dulu sya dpat cmerlng slpas jmpa bos komplen sbb apa sya tk layak dpt cmrlang…dia terus kasi tahun trsbut… ha ha ha.. sya rasa betullah mcam yg you tuls ni…. dan mcm YB Khir kata tuuu.

  4. infosky berkata:

    begitulah lumrah, d antara bnyak yg baik, bnyak juga yg. tak baik. smoga zaman kehdapan ni dibawah PM Pak Lah akan lebih baik sistem pengurusan dlm gomen.

  5. hendra berkata:

    hai,
    d zaman bapa saya kje gomen dlu tiada anugrah cmerlng pon, tp ktanya pkerja masa tu lagi cmerlang dri zaman skrng……. khasnya sikap dan komitmen mereka semua thdap tugas….. skrng ni gaji naik pon tahap servis masih teruk….. he he he org gomen… ktakan

  6. AL_JEFFRY berkata:

    Hai infosky,
    Nampaknya pemberian AKC ni ada kaitan dgn kuasa bos tertentu je….kalau dia suka dia beri. Mcm tu tak adil laa.
    Btw, saya nak tanya ‘apakah kuasa-kuasa yang tedapat di oganisasi?’, boleh tak tolong terangkan?

  7. infosky berkata:

    hai Al_Jeffry, akan sya trangkan sbrapa yg mampu melalui posting akn dtg d blog ni krna soalan anda tu berfaedah juga utk org lain, rasanya.
    — wait for d next post, ok.

  8. zanHn berkata:

    Sebebenornya gitulah. Hanya “Khir Toyo” mampu cakap terus terang. Orang lain cam “aku” ni telan air liur je. Kalau cakap pe pun, balik jatuhkan prestasi kita lak. Kita kata mesti jujur dan amanah, telus jalankan tanggungjawab. Bos dan sub-bos masih suka jalankan budaya lama. Asal sebut pasal “perubahan” dan kita mesti berubah; kata “ah dari dulu kita memang adil”! Mereka ni ada kuasa dan nak popular je. Tak ingat janji Allah…hanya nampak dunia yang ada je sekarang.

  9. Hana S berkata:

    Orang ‘kecik’ mcm sya ni pon tak boleh tegur ape2 kat bos psal AKC, sbb tak mau di dngor nye…… tapi kalu bos lg besar yg bsuara baru mau diambil peduli olh nye.. itu lah nasib, wlaupon terang-terang pilih calon cara tak adil. AKC ni betul la sebenornye kuasa d tngan bos…. maaf le kalu bukan favourite dia. Hu Hu…

  10. azizan berkata:

    Masalah ketidaktelusan pentadbiran bukan perkara baru dalam pentadbiran. Malah ia telah berlaku sejak dari dulu lagi. Cuma, antara kita berani atau tidak menerima hakikatnyadan berterus-terang. Perkara ini bukan berlaku dalam sektor awam sahaja malahan badan berkanun dan sektor swasta.

    Macam mana nak atasi masalah ini? Pokok-pangkal tanyalah pada hati kita sendiri. Sejauh mana kita ingin berlaku jujur pada diri dan orang lain…

    Peace Out!

  11. matGomen berkata:

    infosky, ni masuk januari tahun baru ni tentu bos semua sibuk buat penilaian prestasi staf bawahn mike… amacam infosky tak nak tulis sesuatu lgi tntng penilaian prestasi ke?

  12. john gomen berkata:

    Ingat orang gomen..bukan bos anda penetu hidup anda tetapi anda sendiri..Jangan mengharapkan apa2 balasan..Tuhan itu maha adil..Oleh itu bos2 yang ada kat dalam gomen ni kenalah bersikap jujur..bukan duit anda yang membayar gaji staff anda..sama2 makan gaji & anda jugak dibayar gaji..Cuba bersikap jujur dan adil

  13. MinahGomen berkata:

    Betol kata johnGomen tu… I sokong u… I dulu 10 tahun tak dapat naik pngkat sbab tak sebulu dgn bos. Lepas dia kena tukar kat lain baru ada chance dapat promotion… suey betol bos i yg tu… bagi prestasi i rendah selalu.

  14. Pioneer berkata:

    Saya pon stuju dgn john Gomen juga, memang kuasa bukan sepenuhnya di tangan boss, kakitangan bawah patut diberi peluang yang lebih baik kerana kejayaan bos adalah kerana titik peluh pekerja di bawahnya. Bos cuma merancang tapi yg melaksanakan kerja adalah orang bawah….. maka kena lah perihatin dan berlaku adil sikit !!!!!!! LOL.

  15. Penjaja_Malam berkata:

    Saya hanya kerja sendiri—tak de Anugerah Khidmat Cemerlang. Nak cemerlangkan diri sendiri je agar bisnes lebih maju….

  16. haiqal berkata:

    saya rase kakitangan awam nie ade sejenis penyakit. yang saya namakan sendiri sebagai sindrom kakitangan awam. saya telah lebih 1 tahun bekerja di sektor awam sebagai kakitangan kontrak. untuk rujukan tuan/puan saya juga berpengalaman dalam sektor swasta lebih 2 tahun.

    Sindrom kakitangan awam yang saya maksudkan adalah masalah sikap individu sebahagian kakitangan awam. kakitangan awam yang mengalami gejala sindrom berpenyakit ini saya lihat dari penilaian sektor swasta adalah sebagai sampah, kerana mereka bukan datang bekerja tetapi sebaliknya. mereka hanya datang untuk berjumpa kawan, minum pagi sehingga 11am. Di pejabat hanya setakat main permainan komputer dan yang paling teruk lagi mereka cuba mempengaruhi penjawat-pejawat awam yang baru agar menjadi seperti mereka.

    saya sendiri telah dipelawa dan mereka menceritakan ketidakpuasan hati mereka. mereka mengajar cara2 menipu claim, menipu petrol kerajaan, menipu lawatan kerja luar dan sebagainya. mereka juga berpakat sesama sendiri agar memulaukan pegawai2 kerajaan yang gred 41 yang masih muda. mereka mempengaruhi gred 17, 29 yang muda agar menjadi sampah seperti mereka yang hanya makan gaji buta.

  17. Zain Kantoi berkata:

    Sya juga krja di Krajaan – dah beberapa jabatan. Apa yg dkata oleh En. Haikal tu ada juga benar, tapi bagi sesetengah bahagian la kot. Tidak semua macam tu. Memang sya ada lihat begitu, pekerja kurang komitmen..perabis masa pejabat di kantin atau berborak atau buat kerja sendiri. Dari pngalaman saya adalah kira2 10 – 15 % begitu dan dari sesetengah Gred, terutama gred bawah dan pertengahan – dan dari unit yg tak kritikal sangat kerjanya.
    Sya sendiri biasa kena stay back sampai malam bila bos bagi kerja urgent dan kena buat dlm group. Kdng-kdng hari minggu pun ada kena datang ofis kerana bos nak siapkan hasil kerja hari isnin. Dan semua tu tak claim overtime, just sukarela kerana diarah.

  18. Slameet berkata:

    i pun orng gmen dulu, tapi kini dah slamaat (he..he..) kerana dah option awal. Masa nak brenti dulu baru tu skali dapat AKC, macam bos i tu bagi kesian je kot. Dalam gomen memang mcm tu, ada kerja rajin & ada yg culas – cerdik berlagak kat bos atas. Tapi jangan pelik kalau yg pandai brlagak tu lah yg akan menang (naik pangkat dsbnya). Tu sbabnya kdng-kdng orang yg rajin dulunya lepas tu jadi malas….pasal banyak benda pengurusan yg tak kena/betul.

  19. arapaima berkata:

    betul tu..aku sokong sesangat..klu nak kata org tu cemerlang sgt x la jugak coz baru setahun keje dah dpt anugerah…senang citer tgk bos setiap bahagian tula samada suka atau x kat korang coz klu dia suka dia akan suggest nama korang utk dapat anugerah tu…klu x smp ke tua pun blm tentu dpt

  20. TanpaNama berkata:

    stakat yg sya perhati AKC dlm perkhidmatan awam ni action / berlakon je, just macam satu aktiviti perhabis duit k’jaan je, bukannya betol semua penerima tu org yg betol2 cemerlang.

  21. ezdady berkata:

    cara pemilihan perlu ditingkantkan lebih menyaluruh.Cth nya kekekrapan cuti sakit,cuti tahun,kelewatan kedatangan,tempoh perkhidmatan,disiplin diri dari segi pakaian,sosial,komunikasi,komitment kerja,minat terhadap kerja,dan yg lebih penting amanah yg diberikan oleh ketua utk menyiapkan kerja yg diperlukan.
    Begitu sikap individu spt percakapan ,perbincangan dan perbuatan tingkah laku.

Tinggalkan komen