Harga Rokok & Reaksi Perokok

Kerajaan telah menaikkan duti eksais ke atas rokok sebanyak 3 sen lagi (kepada 15 sen) berkuatkuasa pada 2 Julai 2007 yang lalu. Selaras dengan tindakan tersebut, pengeluar rokok turut menaikkan harga rokok keluaran mereka. Pada 5 Julai, para perokok mula membayar dengan harga baru yang lebih tinggi bagi memperolehi bekalan rokok mereka. Kenaikan kali ini menyaksikan terdapat jenama biasa yang telah melepasi RM 9.00 bagi kotak 20 batang.

Soal kenaikan harga rokok ini bukan perkara baru kerana ianya telah berulang saban tahun. Bagi kerajaan, objektif menaikkan harga rokok sama saja, iaitu untuk mengurangkan bilangan perokok dan juga sebab kesihatan. Pada kali ini dihighlight pula dengan objektif untuk menghalang perokok baru khususnya kalangan generasi muda seperti pelajar sekolah yang dikatakan semakin ramai merokok. Dengan harga rokok yang mahal, diharapkan perokok akan berhenti (atau kurangkan) merokok, dan bagi pendatang baru mereka akan membatalkan hasrat untuk merokok.

Namun begitu, sejak bertahun-tahun bila harga rokok direvised semakin tinggi, disamping berbagai tindakan lain dan kempen yang dijalankan seperti larangan merokok di tempat awam dan kempen ‘tak nak merokok’, setakat manakah objektif kerajaan telah dapat dicapai?

Pada setiap kali kenaikan harga rokok, berbagai reaksi orang awam – pro dan kontra – dapat didengar. Di kalangan perokok, ramai yang mengaku akan terus merokok walau pun harga semakin mahal, ada yang akan mengurangkan bilangan rokok yang dihisap dan ada yang memberitahu akan bertukar kepada brand yang lebih murah. Sedikit sekali yang berazam akan berhenti merokok disebabkan kenaikan harga tersebut. 

Sebenarnya tidak mudah bagi perokok tegar untuk berhenti merokok. Bagi mereka merokok itu bukanlah penyakit ketagihan yang terlalu buruk seperti menghisap ganja dan mengambil dadah, tetapi semacam kemahuan dan keselesaan yang melengkapkan keadaan – – – merokok dapat  mengurangkan stress dan pada situasi tertentu membantu dalam menghasilkan ilham. Tanpa mengambilkira kesan mengenai berbagai kemungkinan penyakit, mereka merasakan suatu keadaan yang tidak lengkap tanpa merokok. 

Dari sudut ekonomi, perokok tegar biasanya tidak akan berkira sangat dalam berbelanja untuk mendapatkan bekalan rokok mereka walaupun harga dinaikkan. Mereka akan tetap memperuntukkan bajet untuk bekalan rokok mereka kerana ianya telah dianggap sebagai keperluan. Tetapi, bagi kerajaan, menaikkan duti eksais (menyebabkan harga rokok naik) merupakan satu punca untuk meningkatkan sedikit pendapatan negara.

 Walau apa pun objektifnya, pihak kerajaan perlulah mengawal harga rokok supaya berada pada tahap yang sewajarnya. Sungguh pun harga rokok yang murah mungkin mengekalkan perokok tegar dan menggalakkan perokok baru, tetapi harga rokok yang terlalu mahal pula mungkin  membawa kepada gejala-geala sosial yang lain, antaranya seperti peningkatan demand terhadap rokok ‘haram’ yang seterusnya menggalakkan aktiviti penyeludupan rokok ke dalam negara.

Apakah tindakan terbaik oleh kerajaan bagi kebaikan kira-kira 3.8 juta perokok di negara kita ini?

3 Responses to Harga Rokok & Reaksi Perokok

  1. Rambo berkata:

    susah nak berhenti merokok kalau dah ketagih, hanya dengan azam sendiri yg kuat baru boleh berhenti….. lebih baik jng mula merokok. Lg pon harga rokok mahal –baik simpan duit tu.

  2. infosky berkata:

    betul tu… tapi perokok tegar selalunya tak sayang duit, asalkan dapat bekalan rokok…. mereka tak kisah dgn harganya.

  3. Jusoh berkata:

    Atok saya dulu dia perokok tegar…. hisap rokok daun, masa tu rokok daun murah je 30 sen sebungkus besar (dalam plastik), tak macam ari ni sekotak ada sampai RM 9.00… kalau sebulan berapa agaknya ye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: