Idea Memulakan Perniagaan: # 1 – Kenalpasti Gelagat Pengguna

SALAH satu tindakan yang biasa disarankan dalam strategi pemasaran ialah mengenalpasti trend pengguna supaya produk yang kita pasarkan dapat disesuaikan dengan keperluan dan kemahuan pengguna.

Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan konsep tindakan tersebut sebagai langkah dalam mencari idea bagi memulakan sesuatu perniagaan. Apa yang perlu kita lakukan ialah membuat pemerhatian / kajian dan mengenalpasti gelagat pembelian oleh pengguna (samaada individu atau organisasi) sebagai input kepada ‘apakah produk yang akan kita jual, yang diperlukan dan akan dibeli oleh pengguna’.

Untuk itu, kita perlu menjawab beberapa persoalan tentang gelagat pembelian oleh pengguna untuk dipadankan dengan keupayaan kita dalam memulakan perniagaan. Antaranya adalah seperti berikut: 

  • Apakah produk yang sering dibeli oleh pengguna?

Mungkin kita boleh:

       Menjual produk yang sama (kerana ramai pembeli).

       Mengadakan dan menjual produk yang setanding serta menawarkan variety yang pelbagai sebagai alternatif kepada pengguna. 

  • Apakah produk yang dibeli oleh pengguna dalam jumlah yang banyak?

Mungkin kita boleh:

       Menjual produk yang sama dengan mengadakan tawaran pekej dan harga yang lebih menarik.

       Menawarkan produk yang setanding, dalam variety serta pekej yang berbagai sebagai alternatif kepada pengguna.   

  • Kenapa pengguna membeli sesuatu produk?

Adakah ianya kerana kualiti, harga, attribute, performance, dsb.?

       Mungkin kita boleh memenuhi kriteria yang menjadi pilihan pengguna tersebut. 

  • Apakah produk yang pengguna mahu tetapi mereka tidak dapat beli?

Adakah kerana produk tersebut tiada di pasaran / di kawasan pengguna atau kerana harganya terlalu mahal?

Mungkin kita boleh:

       Menyediakan produk (samaada membuat, membeli / mengimport) untuk memenuhi kehendak pengguna.

       Menawarkan produk yang serupa dengan harga yang lebih murah. 

  • Apakah produk yang pengguna beli tetapi tidak berpuashati?

Mungkin kita boleh:

       Menyediakan produk baru yang setanding atau lebih baik yang menetapi kemahuan pengguna.

       Mengubahsuai produk yang sediaada di pasaran.   

  • Di mana, bila dan bagaimanakah pengguna membeli sesuatu produk?

Mungkin kita boleh:

       Menjual produk berkenaan di tempat yang sama (sanggup bersaing) atau di tempat lain (mengelak persaingan) atau menyediakan posisi jualan yang lebih strategik.

       Membuat jualan murah, tawaran promosi atau diskaun pada masa-masa tertentu (umpamanya di hujung dan awal bulan atau musim perayaan).

       Mengadakan fasiliti (spt. kaedah bayaran dan penghantaran) yang lebih baik bagi memudahkan pengguna memperolehi produk.  

  • Apakah produk sampingan / lanjutan yang diperlukan pengguna?

Mungkin kita boleh mencipta dan menjual produk sampingan (spt. aksesori & perhiasan) dan produk lanjutan (spt.  tempat menyimpan, alat memudahalih, alat keselamatan, tempat alas/lapik) kepada produk yang sediaada di pasaran.

Umumnya, bagi kesejahteraan perniagaan jangka panjang, apabila kita ingin menawarkan sesuatu produk (samaada produk yang sama di pasaran atau produk alternatif), kita patut mengutamakan aspek kualiti berbanding dengan harga rendah. Selain itu, kita juga patut menghindarkan daripada persaingan harga yang melampau dan bertanding dengan pesaing yang jauh lebih berupaya dari kita.

3 Responses to Idea Memulakan Perniagaan: # 1 – Kenalpasti Gelagat Pengguna

  1. hanafi berkata:

    Sememangnya kita perlu membuat kajian dulu terhadap produk apa yang mendapat permitaan tinggi oleh pelanggan

  2. For many years, oil soap was the conventional for cleaning hardwood flooring, however, with polyurethane finishes, oil soap is not any longer recommended.
    Make likely to take into mind the working expenses of
    one’s selected vacuum at the same time. Unequivocally reapply the wax to cause your floor to become looking like revamped again. Be careful to not damage the tongue with the board you might be attaching. Longer lengths will feel plusher but will need replacing quickly while short naps will maintain your carpet from matting when furniture is placed over it.

  3. spring bed guhdo berkata:

    I visit each day a few sites and information sites to read
    posts, however this website offers quality based posts.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: