Strategi Pemasaran 4P (+3P)

DALAM aktiviti memasarkan produk, pemasar membuat keputusan dan menggunakan berbagai kaedah untuk mendapatkan respon positif daripada pelanggan sasaran. Jerome McCarthy telah mengklasifikasikan kebanyakan kaedah tersebut kepada empat group utama iaitu Product, Price, Place & Promotion  yang merupakan Bauran Pemasaran yang biasa digunakan oleh pemasar. Bauran ini juga biasa disebut sebagai strategi pemasaran 4P.    

 

Untuk mencapai objektif pemasaran melalui strategi 4P, pemasar perlu memanipulasi dengan cara yang paling efektif di antara variables yang terdapat dalam bauran pemasaran tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan pelanggan sasaran.

 

Secara ringkas, antara variables yang dimaksudkan bagi setiap P berkenaan ialah:

 

 

Product

 

Price

 

Place

 

Promotion

– Variety

– Quality

– Design

– Features

– Brand name

– Packaging

– Sizes

– Service/support     

– Returns/benefits

– Warranties

 

– List price

– Discounts

– Allowances

– Payment period

– Credit terms

– Channel

– Coverage

– Assortments

– Location

– Inventory

– Logistics

– Service level

– Sale promotion

– Advertisement

– Personal selling

– Public relations

– Message

– Media

– Budget

 

 

  Product: Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar.

 

Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, faktor-faktor lain selain kualiti seperti variety untuk pilihan, kesesuaian rekabentuk, kaedah pembungkusan, faedah penggunaan, serta berbagai attribute daripada produk patut diambilkira untuk menarik perhatian pelanggan.    

 

Di peringkat awalnya, strategi produk menghendaki pemasar menganalisa persekitaran pasaran seperti demand, persaingan dan pertumbuhan serta mengukurnya dengan keupayaan yang ada. Pemasar juga perlu menjangkakan perubahan dan pelbagai situasi luar kawalan dan menyediakan alternatif tindakan yang wajar. Analisa melalui kaedah tertentu (spt.  PEST, SWOT dll.) boleh membantu dalam menyediakan maklumat awalan. Seterusnya, setelah produk diterima di pasaran, pemasar perlu pula mengadakan berbagai insentif untuk menjadikan sebab mengapa pengguna perlu kekal menggunakan produk yang ditawarkan.

 

  Price: Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik.

 

Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dsb., strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza.

 

Kepada pemasar, harga merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah. Insentif lain seperti diskaun, jumlah ansuran dan tempuh bayaran dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk.     .  

 

  Place. Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka.

.

Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran  pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.  

 

  Promotion. Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk.  Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.   

 

Untuk menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk membeli produk yang ditawarkan.

 

Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, samaada serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan.  .

 

 

Sementara itu, sebagai tambahan kepada 4P di atas, Booms & Bitner telah menambah 3P lagi kepada bauran sediaada iaitu People, Process dan Physical Evidence.  Penerangan ringkas kepada 3P tambahan ini adalah seperti berikut:

 

People: Faktor manusia (yang terlibat secara langsung & tidak langsung) dalam aktiviti penyampaian produk di pasaran tidak patut dikecualikan. Peranan kakitangan yang menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pemasaran perlu dijadikan sebagai strategi. Oleh itu inisiatif dari aspek kebolehan, kemampuan dan kepakaran para pekerja dan pihak pengurusan di industri perlu juga di beri perhatian dalam strategi meningkatkan keupayaan pemasaran.

 

Process: Proses / aliran kerja termasuk arahan dan prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti merupakan elemen yang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pemasaran. Oleh itu, ianya juga adalah inisiatif yang strategik sesebuah industri untuk memasukkan unsur ‘process’ ini kedalam strategi pemasarannya.

 

 Physical Evidence: Kebolehan dan keupayaan industri dalam penyampaian perkhidmatan mestilah dipadankan bersesuaian dengan persekitaran pasaran di mana perkhidmatan diberikan. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan dalam berkomunikasi dan melaksanakan penyampaian produk, khasnya dalam aspek kepuasan kepada pengguna sasaran.

 

 

STRATEGI pemasaran 4 P boleh dikatakan sebagai tindakan empat serangkai oleh pemasar untuk menawarkan produk kepada pelanggan sasaran dengan cara yang lebih efektif. Sementara tambahan 3P lagi kepada bauran tersebut adalah sebagai pelengkap yang khususnya disarankan bagi industri yang menawarkan produk jenis perkhidmatan/servis.  

Advertisements

52 Responses to Strategi Pemasaran 4P (+3P)

  1. A friend of mine just emailed me one of your articles from a while back. I read that one a few more. Really enjoy your blog. Thanks.

    Jason Whitmen

    • sebagai pebisnis kita memang tidak punya pilihan lain, promosi dan trafik memang hal yang mutlak diperlukan dalam bisnis, 90% kesuksesan bisnis ini sangat ditentukan oleh promosi dan trafik dari web/blog kita. Kami punya 9 strategi promosi otomatis tanpa capek dan repot yang belum banyak diketahui oleh orang dan telah 100% terbukti, cekidot di PromosiTercepat.com…

  2. senopatiarthur says:

    Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com/
    http://www.infogue.com/bisnis_keuangan/strategi_pemasaran_4p_3p_/



    Infosky answers:
    hai senopatiarthur, saya baru log-in semula hari ini 17 April 2008.
    – terima kasih atas kesudian anda membenarkan dipamer link artikel dari blog ini di laman/site anda.
    – salam blogger… semoga sejahtera sentiasa.

  3. Ringma-009 says:

    4P tu biasa gak ada bljar, tp yg lagi 3P tu baru tau je.
    knape x pnggil 7p jee..

  4. DebbyM2v says:

    Good article, I translated it to english with my friends help..
    Informative one.

  5. b4rover says:

    Salam..Terima Kasih diatas info yang telah anda siarkan..Ia banyak membantu terutama kepada pengusaha produk yang baru seperti yang saya..

  6. Haleem says:

    Hai,
    artikel yg bagus dibaca, penerangan anda jelas dan padat.

  7. Daud DDA says:

    Padat dan ringkas – sangat informative.
    Thanks.

  8. amendvinfo says:

    salam

    satu info yang menarik, kita exchange link untuk dptkan benefit bagi kedua-dua pihak.

    amendvinfo

  9. maria says:

    wiiii…
    thanx bgt…
    dgn adanya artikel ini, aq bisa ngerjain tugas dari kampus…

  10. hazar says:

    em okla ,artikel ne gue da copy da hehe em tapi saya harap dapat buat artikel yang lebih panjang lagi dan banyak information huhu tq..sabahgurlz…..

  11. daenulhay says:

    sepengetahuan saya 4P itu adalah strategi pasar sementara strategi pemasaran adalah STP (segmenting, targeting dan positioning).
    mohon tanggapannya.

  12. mohd saiful bin pendeh says:

    hai

  13. syidul akram says:

    ulang kaji yg bgos.. luas fikiran

  14. iezhas says:

    Apa yang dimaksudkan dengan Bauran. Boleh ke bagi contoh…..

  15. elysa says:

    artikelnya sangat mendukung tugas dikampus.
    boleh g aq kembangin lagi dan aq mau taruh di blog? untuk tugas softskill aq…

  16. TanpaNama says:

    Thnx for this artikel, i suka bacanya kerana ringkas dan padat. got some idea,,, It help me siapkan saya punya assignment in BBA. TQ 3x.

  17. Juliana says:

    Hai, semoga diberkati. Saya ucap terima kasih kerana artikel yg menyumbang pengetahuan saya. TQ

  18. emriadi says:

    terima kasih artikel nya

  19. sgenk says:

    mantep neh, product, price, place, and promotions

  20. artikel bagus.. cukup membuka wawasan mengenai ilmu marketing

  21. Terima kasih atas infonya. ini sangat membantu sekali.

  22. ThankU says:

    TQ for the article. Mudah faham dan tepat. Sesuai utk rujukan seorang pelajar (business course) spt saya. Harap dapat tulis banyak mlagi.

  23. eko marwanto says:

    tentang Ilmu pemasaran 3p itu refferensinya dari mana ya pak? mohon pencerahannya.trims

  24. […] : https://infosky.wordpress.com Rate this: Sebarkan:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this […]

  25. BamZ says:

    mantab artikel yg saya butuhkan

  26. Ezas says:

    ur articles are good 4 business and mgmt students. thanks.

  27. andang says:

    hebet……..

  28. Aksesoris says:

    Artikelnya sangat bermanfaat bagi saya yang baru memulai bisnis. tks

  29. Tanpa Nama says:

    terima kasih atas artikel yang sngat2 bermanfaat ini.. lebih2 lg sy sorg pelajar dlm bidng perniagan ini.

  30. bosmanajemen says:

    Salam kenal pak Sky

    artikel yang menarik

  31. nesa says:

    artiker yang menarik sekali bos. terimakasi ilmunya bos . sala perkenalan ku.

  32. ulfa says:

    saya mau tanya, penulis “Strategi Pemasaran 4P (+3P)” di wordpress ini namanya siapa?
    diterbitkan tahun berapa?
    soalnya mau saya pakai untuk refrensi daftar pustaka
    makasih 🙂

  33. Informasi yang kemas dan mudah difahami,, vr good sharing, terima kasih.

  34. […] infosky.wordpress.com […]

  35. makasih info nya,sangat bermanfaat

  36. Strategi Pemasaran 4P (+3P) yang sangat menarik untuk dipraktikkan..

  37. walahhh says:

    Terimakasih artikel di atas sangat membantu saya memahami akan kata pemasaran, tapi ada juga Tips extreme buat pemasaran yang terkadang dihalalkan dengan berbagai cara.

  38. Tanpa Nama says:

    MANTAB SIIIP

  39. Rohani Abdullah says:

    Terbaik…terima kasih diatas perkongsian

  40. inolabs says:

    nice post gan.
    mampir jika berkenan

    http://www.inolabs.net

  41. Very soon this site will be famous amid all blogging and site-building viewers, due to it’s nice articles

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: