Organisasi: Kemahiran dan Kualiti Kepimpinan

Dalam sesebuah organisasi terdapat banyak aras kepimpinan. Aras kepimpinan ini biasanya ditentukan secara formal berasaskan tanggungjawab, peranan dan fungsi yang telah ditetapkan mengikut hiraki pada struktur perjawatan organisasi berkenaan. Secara mudah, lagi tinggi atau/dan penting fungsi jawatan seseorang, maka lagi tinggilah aras kepimpinannya. Namun begitu, samaada seseorang itu pemimpin atasan, pertengahan atau bawahan, ianya tetap juga seorang pemimpin yang mempunyai pengikut, tanggungjawab dan peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

Setiap pemimpin bertanggungjawab menentukan masa hadapan organisasi. Dalam hal ini, seorang pemimpin boleh diumpamakan seperti kapten kapal yang mengetuai satu misi pelayaran. Kapal sebagai oganisasi, kelasi  sebagai para pengikut (pekerja) dan penumpang pula merupakan pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk mempastikan semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju, serta dapat memenuhi hasrat penumpang, kapten perlu melaksanakan tugas-tugas kepimpinan, antaranya seperti menetapkan arah dan laluan yang perlu dilalui serta merancang tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan semasa pelayaran dan pelbagai tindakan alternatif yang akan diambil sekiranya menghadapi masaalah di lautan yang bergelora.

Dengan kata lain, sebagai pemimpin kapten tersebut perlu menentukan visi, misi dan matlamat, serta mempunyai perancangan strategi yang bersesuaian untuk mencapainya. Untuk itu, beliau perlu memiliki kemahiran dan kualiti kepimpinan yang bertepatan supaya dapat merangsang dan mempengaruhi para kelasi melaksanakan setiap tindakan yang dikehendakinya.

Sementara dari aspek kepengikutan pula, para kelasi yang melaksanakan arahan-arahan tadi perlu melihat kapten tersebut sebagai seorang yang berkebolehan serta berkemampuan dalam memimpin mereka. Disini, mereka juga perlu mempunyai keyakinan bahawa kapten tersebut memiliki kemahiran dan kualiti kepimpinan yang bertepatan.

Secara umum, kemahiran kepimpinan boleh dilihat sebagai gandaan daripada empat elemen utama, yang merupakan kebolehan-kebolehan yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin, iaitu:  

~   Kebolehan menggunakan kuasa dengan efektif dan bertanggungjawab.

~   Kebolehan memahami bahawa manusia memerlukan motivasi yang berbeza pada waktu dan situasi yang berlainan.

~   Kebolehan merangsang para pengikut.

~   Kebolehan bertindak dengan cara yang boleh menerbitkan suasana yang bermotivasi.

Sementara kualiti kepimpinan pula (spt. dinyatakan oleh Warren Bennis – The Leadership Advantage, 1999) boleh dilihat sebagai gabungan daripada tujuh elemen utama, yang merupakan attribut yang diperlukan pada seseorang pemimpin. Ringkasnya, tujuh elemen tersebut adalah:   

~   Technical competence –  kepakaran dalam aktiviti / perniagaan organisasi.     

~   Conceptual skill- fasiliti bagi pemikiran yang abstrak atau strategik.

~   Track record –  latarbelakang pengalaman dan kejayaan masa lalu. 

~   People skills-  kebolehan berkomunikasi, memotivasi dan mendelegasi.

~   Taste –  kebolehan mengenalpasti dan membangunkan bakat.

~   Judgement – kebolehan membuat keputusan yang sukar dalam masa yang singkat dengan menggunakan maklumat yang terhad.

~   Character –  kualiti yang mencerminkan siapakah pemimpin tersebut.

 

 

 

Sesungguhnya, kemahiran dan kualiti kepimpinan adalah antara ramuan yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin. Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memimpin, tetapi yang lebih penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf oleh para pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya.    

6 Responses to Organisasi: Kemahiran dan Kualiti Kepimpinan

  1. Deanne_07 berkata:

    hai,
    berapa ramai pemimpin organisasi yg punyai kemahirn n kualiti kepimpinan spt yg disebut, kerana kbanyakan mereka jadi pemimpin krna pangkat mereka shj… tak sure pula smaada pihak atasan ada mengambilkira kmahiran n kualiti tsb bila mmilih pegawai jadi pemmpin di organisasi. Sesetengahnya kerana hubungan baik dgn pihak atasan shj….

  2. MinahGomen berkata:

    Sepanjang saya kerja lebih seabad (dlm sektor gomen) tak nampak pun ada pemimpin yg macam infosky sebut…. kebanyakan pihak atasan tu lagak macam pemimpin je, tapi tiada kualiti & kemahiran pemimpin yg sbenar. LOL…

  3. bc berkata:

    Ya. betul cakapmu. apa yang difaham dan dibelajar tetapi tidak diamalkan sebab terlalu pentingkan diri dan tagihkan pangkat. Inilah sifat manusia yang bukan dalam kawalan. ???????????????????????

  4. Astorare berkata:

    Pemimpin d organisasi hari ini, trutamanya di sektor k’jaan, smada pringkat bwh, prtngahan, malah atasan pun, biasanya d lantik sbg mengisi kkosongan shj….. janji ada cukup syarat spt sokongan & kelulusan akademik, bukan krana kelayakan berasaskn kebolehan dan pengetahuan utk mengurus dan memimpin. Mreka tak tau bahawa kebolehan buat kerja… itu satu hal, tapi kebolehan mengurus dan memimpin pekerja tu satu hal lain lagi. Pasal tu banyak organisasi gagal — kerana pgawai kurang mahir soal pengurusan dan kepimpinan.

  5. Budiman_AL berkata:

    Kepimpinan & pengurusan di organisasi masakini jadi lebih kompleks krna bentuk sosial kakitangan / staf pd hari ini juga kompleks – dari aspek komitmen, sikap dan perihatin, dll. yg sukar diukur dan diubah.

  6. Azizul44 berkata:

    Di organisasi ni, banyak orang yg dikatakan sebagai pemimpin tu kerana jawatan/pangkat dia je… bukan kerana kebolehan dan kemahiran dia sbgmana yg you sebut di atas tu…. he he he tu pasal lah jadi tak efisen dan tak berkualiti hasil kerjanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: