Strategi pemasaran: Fokus kepada pengguna

ANTARA strategi pemasaran yang berkesan ialah mengamalkan prinsip fokus kepada pengguna. Strategi ini penting kerana pengguna adalah nadi kepada sesebuah perniagaan. Tanpa pengguna perniagaan tidak boleh hidup.

Untuk menjayakan strategi ini, anda perlu melaksanakan beberapa tindakan yang boleh merapatkan lagi jurang antara nilai produk yang anda tawarkan berbanding dengan keperluan, kemahuan dan harapan yang ada di pihak pengguna. Antara tindakan-tindakan tersebut ialah:

a.         Mengenalpasti  Trend  Pengguna

Mengetahui dan memahami kehendak pengguna merupakan syarat penting dalam pemasaran. Untuk itu, dari masa ke semasa anda perlu membuat pemerhatian / penyelidikan yang teliti terhadap trend pengguna supaya produk yang anda tawarkan adalah seiring dengan keperluan serta kemahuan mereka yang berubah-ubah.

Pada amnya, trend pengguna berubah mengikut faktor masa dan ekonomi.  Contohnya, mengikut masa pengguna mahukan fesyen, bentuk atau attribute lain yang baru bagi sesuatu produk. Mereka juga membeli mengikut kemampuan ekonomi mereka. Selain itu, faktor-faktor lain seperti usia, jantina, bangsa, budaya dan tempat juga mempengaruhi trend golongan pengguna.

Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan akan membantu anda mendapatkan idea tentang keperluan dan kemahuan pengguna dengan lebih tepat. Ianya menjadikan perniagaan anda lebih inovatif di mana anda dapat memperbaiki mutu produk yang sediaada disamping mengeluarkan produk-produk baru.

Keupayaan menawarkan produk yang bermutu tinggi disamping mengadakan kepelbagaian dalam penawaran produk sesuai dengan trend pengguna akan membantu meningkatkan lagi prestasi jualan.

b.         Menetapkan Harga Yang Sesuai

Anda perlu menetapkan harga yang bertepatan bagi produk anda supaya pengguna merasakan mereka memperolehi kualiti dan nilai yang setanding dengan harga yang mereka bayar.

Kos penyediaan produk adalah asas kepada penetapan harga. Seterusnya, penetapan harga perlu melihat kepada aspek kemampuan atau kuasa belian di kalangan pengguna disamping nilai produk yang anda tawarkan. Ada pengguna yang membeli produk kerana harganya murah, namun ada pengguna yang mengutamakan nilai yang ada pada produk tersebut. 

Faktor golongan pengguna yang terdiri dari berbagai kategori pendapatan, jantina, bangsa, budaya dan tempat juga harus diambilkira. Ini adalah kerana mereka mempunyai keupayaan membeli dan penilaian yang berbeza terhadap sesuatu produk yang anda tawarkan.

c.         Menjalankan Promosi

Pengguna perlu diperkenal dan diberi kefahaman yang cukup tentang produk yang anda tawarkan, dan seterusnya dipelawa untuk membelinya. Oleh itu, anda perlu menjalankan tugas mempromosi dengan kaedah yang berkesan supaya produk mendapat perhatian dan tindakbalas dari pengguna.

Promosi melalui media-media utama eletronik dan bahan bacaan umum serta pengedaran risalah perlu dilakukan supaya maklumat mengenai produk berjaya sampai ke pengetahuan pengguna. Selain itu, anda juga boleh mengadakan kempen jualan secara terus dari masa ke semasa. Promosi secara terus kepada pengguna adalah lebih berkesan kerana berpeluang mengadakan proses interaksi yang lebih baik tentang produk. 

Kaedah promosi yang kreatif akan memberi impak yang signifikan terhadap prestasi jualan. Apabila pengguna menyedari faedah yang mereka perolehi daripada produk anda, mereka akan lebih cenderung membeli dan meneruskan penggunaan produk tersebut. 

d.         Mengadakan Liputan Pengedaran 

Keupayaan untuk mengadakan liputan pengedaran yang luas bagi sesuatu produk merupakan fasiliti yang baik bagi perniagaan anda. Ianya juga merupakan satu bentuk perkhidmatan bagi faedah pengguna.

Anda perlu mengadakan rangkaian pengedaran melalui cawangan dan kumpulan anda atau melalui wakil jualan anda. Dengan liputan pengedaran yang luas produk anda akan lebih berpotensi diterima oleh pengguna dan seterusnya dapat menguasai pasaran bagi kategori produk tersebut.

Pengguna biasanya menghargai produk yang mereka kenali dan mudah memperolehinya. Oleh itu sediakan kemudahan supaya produk anda sentiasa dekat dengan pengguna.

e.         Mendapatkan Maklumbalas Pengguna

Mendapatkan maklumbalas pengguna tentang produk yang dipasarkan adalah langkah yang bijak. Maklumbalas tersebut merupakan daya penggerak dan panduan yang berguna dalam melaksanakan operasi pengeluaran dan aktiviti pemasaran produk dengan lebih baik.

Sediakan fasiliti bagi mendapat maklumbalas daripada pengguna produk anda. Anda boleh menggunakan kaedah bancian melalui soalan terbuka, menyediakan saluran hotline atau borang teguran untuk mendapatkan reaksi pengguna. Melalui maklumbalas yang diterima, anda boleh melakukan tindakan pembetulan terhadap sesuatu kesilapan supaya kaedah perkhidmatan dan produk yang dipasarkan sentiasa memenuhi hasrat, keperluan dan kemahuan pengguna.

STRATEGI fokus kepada pengguna sebenarnya menghendaki anda memahami hasrat pengguna serta mengambil berat tentang kualiti perkhidmatan dan nilai produk yang ditawarkan kepada mereka. Sebagai balasan, ianya berpotensi meningkatkan lagi prestasi jualan produk yang anda pasarkan.

 

–Infosky.

14 Responses to Strategi pemasaran: Fokus kepada pengguna

  1. Alfian berkata:

    Good

  2. bagus berkata:

    good good

  3. mek fetty berkata:

    ambo rasa ni idea pemasaran yg bagus sunggoh… ambo boleh guno pakai nih… tmkacih infosky.

  4. cengkih berkata:

    bagus untuk new entrepreneur

  5. Shah berkata:

    tentu banyak lagi strategi yg perlu di praktik, teruamanya bagi entrepreneur yg baru supaya dapat meningkat cepat…. maklumlah skrang competition banyak.

  6. AnakMalaysia berkata:

    Mendapat maklumbalas dari pengguna — tu strategi yang ramai peniaga lupa.

  7. WiWi berkata:

    maklumat bagus dijadikan rujukan

  8. Pioneer berkata:

    Bagus kalau boleh tulis dengan detail lagi setiap point yg anda berikan tersebut…dengan contohnya sekali, lagi faham bila kami baca.
    Anyway, thanks Infosky.
    p/s: kenapa lama tiada tulis dlm blok anda?

  9. Penjaja_Malam berkata:

    Maklumat ringkas dan padat
    = **** (4 star)

  10. ashar berkata:

    pemasaran strategis biasanya berfokus pada hal apa

  11. infosky berkata:

    Hai,
    Antara kata2 Drucker P. : maksud labih kurang ‘…. matlamat sesuatu bisnes adalah utk mencipta pelanggan & mengekalkan (keep) mereka.” Maka pemasaran strategik mestilah ‘customer-centric’. ini dizahirkan mlalui strategi2 targeting & positioning, – spt, siapa pngguna yg bertepatan, apa mereka perlu & mahukan dsb. dan bagaimana nak cipta/bentuk persepsi pngguna thdp produk kita.

    Lain2 strategi adalah supportive kpdnya selaras dgn objektif bisnes/pemasaran yg tlh ditetapkan & digabungkan melalui planning, pengurusan & komunikasi pemasaran yg strategik.

  12. Haron berkata:

    penulisan yg baik sekali. thanks and good luck.

  13. XRiz berkata:

    mcm Pioneer ckp gak: lbh baik klau detailkan lg stiap point yg. bknaan tu spaya lebih faham kami baca. Btw – semoga success slalu.

  14. Bekamoden.blogspot.com

    Kalau nak tingkatkan bisnes bekam , bagaimana pula.?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: