10 jenis entiti untuk bisnes

Salam pertemuan.

 

Maaf kiranya blog ini terbiar kosong sejak ianya di active pada hujung bulan November lalu.  Sebenarnya, kebelakangan ini saya agak sibuk dengan tugas rasmi dan bermacam hal sendiri pula. Baru hari ini ada sedikit kelapangan waktu.

 

Memandangkan hasrat blog ini adalah berkenaan bisness dan  pelbagai info berkaitannya, maka buat permulaan ini saya sentuh topik yang ada kaitan dengan bisnes juga. Idea tulisan ini tercetus semasa pertemuan dengan seorang rakan petang tadi. Sambil minum teh tarik di kedai mamak, kami berborak panjang kerana banyak hal ‘berbangkit’, maklumlah agak lama tidak bertemu.

 

Antara yang menarik perhatian saya ialah bila beliau menyatakan hasrat ‘nak buat bisnes tapi tak tahu apa yang nak diniagakan’. Saya sendiri tidak dapat menjawab dengan segera dan tepat persoalan beliau tersebut. Bagi saya persoalan sedemikian memerlukan ‘perbincangan lanjut’.

 

Bagaimana pun saya jelaskan, secara umumnya orang menjual dua produk; iaitu dalam bentuk barangan dan perkhidmatan. Untuk menjual produk tersebut, ianya perlulah melihat kepada beberapa faktor kelebihan, antara yang lazimnya ialah:

 

1.            Produk yang kita ada kemahiran tentangnya

2.            Produk yang diperlukan oleh pengguna

3.            Produk yang mampu dibeli oleh pengguna

4.            Produk baru (belum ada persaingan)

5.            Produk yang lebih kompetitif berbanding yang sedia ada di pasaran,

 

dan lain-lain lagi (yang biasa diberikan dalam tulisan atau ceramah berkaitan bisnes).  Semua itu adalah perkara yang perlu dipertimbangkan mengenai produk yang hendak diniagakan. Sebenarnya, untuk memulakan bisnes perlukan banyak langkah-langkah tertentu (misalnya perancangan produk, modal, sumber, segmen pasaran, promosi/marketing dll.) yang harus dititikberatkan.

 

Namun, bagi menjelaskan lagi persoalan kawan saya tadi, saya beritahu beliau, secara lebih detail terdapat banyak entiti (maksudnya lebih-kurang ‘benda/perkara’) yang boleh diniagakan. Lalu saya nyatakan 10 entiti ini untuk beliau ‘tengok-tengok’ dan buat pilihan:

 

 

Bil.

 

Entiti

 

Contoh

1.

Barangan

Pakaian, makanan, alat permainan, minuman.

2.

Perkhidmatan

Penerbangan, perhotelan, transportasi, penyenggaraan. 

3.

Harta benda

Rumah, pangsapuri, pejabat, ladang, tanah.

4.

Acara

Sukan, pameran, karnival, pertandingan.

5.

Orang / Personaliti

Penyanyi, pelakon, pemuzik, pelukis.

6.

Tempat

Pulau peranginan, tempat bersejarah, pusat pelancongan.

7.

Pengalaman

Walt Disney, Under-water World, Planet Hollywood.

8.

Organisasi

Muzium, universiti, zoo, pusat hiburan.

9.

Maklumat

Buku, majalah, surat kabar, ensaiklopedia.

10.

Ilham / Idea

Ukiran, lukisan, gubahan lagu, fasyen, design

  

Selepas itu saya renung muka kawan saya, kalau-kalau ada reaksi positif daripada beliau. Namun beliau hanya senyum dan dengan selamba berkata ‘O.k. lah, nanti aku balik rumah fikir-fikirkan lagi.’    

 

3 Responses to 10 jenis entiti untuk bisnes

  1. Snexlex berkata:

    I hope this will make my Walt Disney stocks go up so I make some money on it🙂 http://www.trendio.fr/word.php?language=en&wordid=1443

  2. masliha daud berkata:

    Tolongla beritahu saya bisnes apa paling menguntungkan pada hari karnival. Saya ada peluang untuk menyertainya tetapi tak dapat nak fikir nak buat bisnes apa.

  3. infosky berkata:

    Saya tak dibritau karnival apa… bgaimnapun, klau ikut teknik kwan saya, bila ada acara mcam pesta, karnival & expo dia jual produk makanan & minuman krana katanya kebanyakan pengunjung perlukannya. (Msa jom heboh tu dia beritau buat duit gak). Makanan/minumannya jenis simple & tidak heavy –disdiakan dgn ringkas & cara tersendiri (menarik) – supaya mudah dimakn/minum/dibawa — dan pelbagaikan jenisnya supaya ada pilihan. Perlu sesuai dgn. jenis karnival, tempat & waktu diadakan serta kategori pengunjung (dia pernah jual mee goreng/kari, laksa, aiskrim goreng, sandwich, macam-macam ball goreng – fish, sotong, kerpok dll. – ikut keadaan). Modal tak tinggi sangat, untung boleh tahan tapi kena aktif sikit dan ada pmbantu. Kalau seorang, baik jual produk siap seperti cnderamata khusus atau produk makanan tersedia/kesihatan keluaran tertentu & ada jenama – tapi yg ni kalau tak special, pembelianya slow sikit. Seorang kawan lain ada jual T-shirt yg. unik khas untuk pemuda sekarang – blh tahan juga.
    Konsep jualan ni msti banyk laku… kecualilah produk yang mahal & marginnya tinggi. Pastikan juga jangn ramai sangat pesaing produk yang sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: