‘‘Kebanyakan produk usahawan bumiputera ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek pembungkusannya masih belum mencapai piawaian yang dikehendaki.” – itulah antara komen mengenai aspek pembungkusan produk oleh En. Mohamad Nordin, Ketua Unit IKS FAMA, (sebagaimana dilaporkan) semasa berlangsung Ekspo Industri Asas Tani di Ipoh pada bulan Disember 2007 yang lepas.
Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Malah aspek Pembungkusan (Packaging) ini dianggap sebagai P yang ke-5 dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place & Promotion) yang lazim dipraktik sebagai strategi pemasaran.
Jika diperhatikan definasi ringkas pemasaran itu sendiri, iaitu ‘SENI MENJUAL PRODUK’, kita boleh apply maksud yang tersirat daripada definasi tersebut ke dalam aspek pembungkusan. Di sini, ianya memerlukan inisiatif usahawan untuk melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap kesempurnaan produk yang hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun sekiranya aspek pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar bersaing, apa lagi di peringkat internasional yang lebih luas persaingannya.
Dalam menentukan kaedah pembungkusan sesuatu produk, aspek yang paling penting biasanya ialah ia berfungsi sebagai container yang akan memuat dan melindungi produk supaya selamat dan tidak rosak. Namun, pada masa yang sama, kaedah pembungkusan perlu juga mengambilkira beberapa aspek lain serta berperanan antaranya seperti:
r Mempromosi produk melalui visual (reka-bentuk, warna, lukisan, grafik dsb.) yang dapat memberikan impression yang baik kepada pengguna.
r Memperkenalkan identiti korporat / syarikat melalui logo atau jenama.
r Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna, logo halal, dsb.)
r Memberitahu mengenai promosi / tawaran semasa.
r Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan (eg. bahan, saiz & bentuk)
r Mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan pihak berkuasa.
r Kesesuaian dengan faktor kos.
Berasaskan kesedaran tentang peri pentingnya aspek pembungkusan dalam pemasaran, pada masa kini terdapat banyak agensi-agensi yang berkenaan telah mengambil inisiatif dengan memberi perhatian yang lebih serious terhadap isu ini. Sebagai contoh:
-
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menawarkan Skim Bantuan Pembungkusan Produk sebagai usaha meningkatkan lagi dayasaing produk IKS tempatan.
-
Kraftangan Malaysia (Cawangan Terengganu) di bawah aktiviti R&Dnya mempunyai program Pembangunan Pembungkusan Produk bertujuan meningkatkan penampilan dalam pembungkusan produk serta memberi kesedaran kepada usahawan.
-
Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), menubuhkan Syarikat SME Packaging Centre Sdn Bhd (SMEP) di Banting, Selangor dengan matlamat untuk membantu pengusaha IKS meningkatkan mutu produk serta pembungkusan dan memenuhi standard yang ditetapkan supaya dapat bersaing di pasaran tempatan dan luar negara.
-
SMIDEC pula menawarkan skim yang dipanggil Geran Bersamaan Untuk Peningkatan Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan Produk dengan objektif memberi bantuan kepada enterprais kecil dan sederhana (EKS) untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan rekabentuk pembungkusan dan pelabelan produk bagi meningkatkan penampilan produk dan memenuhi keperluan dan peraturan pasaran.

1.Dare_To_Win 2.Making_Friends
3.Become_Your_Best 4.Kebebasan_Kewangan

owh, maklumat yg bagus,…
boleh saya dapatkan penjelasan dan maklumat tentang aliran pembungkusan terkini? dari segi kualiti, label, mesra alam dan lain-lain yang berkaitan dengan pembungkusan. Perkembangan tentang pembungkusan dulu hingga sekarang. terima kasih
nak buat assgment tentng marketing x da idea laaaaaaaa
Hai raudhah,
komen anda di block sbg spam oleh admin. sya bru jmpa & de-spam.
Apa yg saya tahu sedikit ialah; bnyk perubahan bbnding dlu especially dri aspek pnmbahbaikan kaedah krna kprluan smasa dan polisi/strategi industri. Trend pembungkusan kini berasas/mmbri perhatian kpd konsep:
- portabiliti , sbb lifestyle kini ‘moving community’.
- ekologi/mesra alam; sbb. kesedaran msyarakat & peraturan k’jaan.
- fashion/style ; saiz, design, color dsb.; sbb. perubahan kegemaran semasa.
- bahan lebih baik ; sbb peningkatan stndard/kualiti & isu keselamatan pengguna.
- kemewahan, bg produk spesifik dan segmen pengguna tertentu.
- boleh recycle; sbb. faedah kpd ekologi & aspek ekonomi.
- functionality; sbb khndk kpd kblhgunaan plbgai fungsi.
bagaimana pembungkusan ini dapat diaplikasikan ke sekolah utuk pasaran pasaran pendidikan.
Dari pengalaman, saya perhatikan pemasaran pemblajaran utk sekolah pembungkusan hendaklah memberi penekanan kpd aspek visual (macam infosky sebut di atas) kerana tarikan kpd grafik, rekabentuk dan warna berperanan penting bg sektor ini. Bagi penawaran peringkat permulaan, faktor kos dan margin kita biar tidak banyak kerana ruang pasaran yg luas adalah menjadi target. Faktor-faktor yg lain tu boleh djadikan sokongan kpd faktor teras (visual) tersebut.
askum…
saya ingin bertanyakan dengan lanjut dan lebih mendalam lagi mengenai reka bentuk pembungkusan…
maksud saya,
1) apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk pembungkusan?
2) apakah fungsi utama pembungiusan dalam pemasaran?
3) apakah keperluan pembungkusan dalam pemasaran yang dinyatakan dalam aspek pembungkusan dalam pemasaran??
4) mengapakah pembungkusan sangat penting dalam pasaran kini?
5) dalam keterangan di atas, mengapakah pembungkusan dikategorikan dalam 4P, bukankah ia tidak termasuk dalam 4P?
terima kasih…
Sorry, kna tak masuk agk lama keblog sya yg ni. Btw, sdikit yg dpt sya jwp ialah:
1) Rekabentuk pembungkusan = menyempurnakan pakej pembungkusan produk melalui perancangan dan pembentukan keseluruhan bentuk dan struktur yg bertepatan. Ianya mengambilkira factor2 spt. saiz, bentuk/corak, warna, rupa luaran, keselamatan, kesan kpd alam, mudah bawa, kos dsb.
2) Bg sya ialah fungsi protection (mengisi, menyelamat, melindungi/preserve) kpd produk yg nak dsmpaikan kpd penguna, antaranya dpd rosak oleh gegaran, hentakan, tekanan, campuran/cemaran udara & cuaca, suhu dsb. Dari itu ditentukan kaedah & bahan yg sesuai spt berasaskan kertas, plastik, tin dsb.
3) Keperluan biasanya mengambilkira jenis bahan, bentuk (design), faktor mesra alam, regulasi/undang2 stempat, trend & mesti sepadan dgn kos.
4) Antaranya sbb pembungkusan adalah salah satu cara efektif mempromosi produk, ie.- menarik pembeli pd pandang pertama (rekabentuk), memberikan maklumat (produk & pengeluar), dll spt peranan yg disebut dlm tulisan d atas. Kaedah pembungkusan dpt diubahsuai sesuai dgn faktor keperluan pengguna semasa & setempat. Pembungkusan menjadi kaedah komunikasi (beri mesej) tntg produk olh pengeluar kpd pengguna.
5) Memang pembungkusan tiada dlm 4P, cuma dsbabkan pentingnya aspek pembungkusan dlm pemasaran, sstengah pihak angapkan ianya P ke lima, ie menjadikan bauran pemasaran 4P kpd 5P dgn mmasukkan satu lagi P iaitu Pembungkusan.
P/s: pembungkusan yg agak unik, cuba check di
http://dzineblog.com/2008/04/packaging-design-inspiration.html
saya benar2 nak tahu dengan terperinci apa maksud
” rekabentuk dan pemposisian perkhidmatan pemasaran ”
jika boleh saya mahukan jawapan dengan segera
tq
tak brapa jlas situasi pemasaran yg sdr khndaki. Klau dlm hal pemasaran internet cthnya, rekabentuk boleh bmaksud mengadakan/melengkapkan laman web bg tujuan marketing dgn ciri2 spt items, contents, bentuk, keupayaan, dsb. supaya menarik, mudahguna serta pantas (user friendly). Strusnya, memposisi pula laman web tu, ie bagaimana ia dipromosi/mengoptimakan ranking ie. agar mudah capaian / berada top kat enjin2 carian utama spt google, yahoo dll. Ianya melalui kaedah tertentu yg biasa diberikan oleh banyak sykt pembekal perkhidmatan pemasaran. internet.
sy dah copy artikle di ini….sy minta keizinan dan keredhaan penulis
No problem.. sentiasa halalkan.
salam, saya pun ingin minta izin penulis untuk mengambil idea / info penulis untuk tujuan penyelidikan. terima kasih.
Silakan, malah sesiapa pun.
Salam…
Apa yang dimaksudkan dengan REKABENTUK PAKEJ PEMBUNGKUSAN UNTUK PASARAN ISTIMEWA (DLM & LUAR NEGARA)
Saya nak mtk izin penulis untuk meminjam artikel anda untuk tujuan pengajaran…
Terima kasih
salam..sy pn dh c0py y’r idea…4 assgmnt…mntk d halalkan ek..mekaseh..
boleh bagi tau x ape ke bendenye DEFINISI PEMBUNGKUSAN????? URGENT !!!!
Secara amnya/mudahnya: Pembungkusan merupakan tindakan, proses, seni, idea dan stail bagaimana produk dibungkus (packing) dan dikemukakan kepada pengguna.
boleh ke smidec bantu bagi pinjaman untuk buka kedai makan
member saya cakap smidec boleh beri bantuan dana untuk buka perniagaan.
saya ingin menceburi bidang industri untuk pembungkusan produk makanan..saya nak tahu aspek2 dan kriteria tentang pembungkusan makanan ini.
salam encik boleh x bgtau mcmane nak asilkan pembungkusan krn sy terbabit dlm penhasilan packaging
mini projek pemasaran,,
bagaimana nak berniaga? saya ingin meaceburi dalam bidang industri
tq. for this artikel…saya pun nak tq cuz dah cpy artikel nie…
ntah la…
Assalamualaikum, Saya minta izin menggunakan artikal untuk pembinaan WIM.
boleh bantu saya…
apa kelemahan pembungkusan ?
atau permasalahan pembungkusan di pasaran sekarang ?
salam… saya muksin,peniaga kecil kecilan kepak ayam bakar… Saya bercadang hendak membuat pembungkusan kepak ayam bakar,tetapi tak tahu macam mana nak mula. harap pihak anda dapat membantu saya. bagaimana cara nak dapatkan logo halal.di mana syarikat yang membuat pembungkusan untuk kepak ayam bakar saya. 0111-2327930.
belia 1 malaysia… terima kasih.