Strategi Pemasaran : Tingkat Dayasaing Melalui Penggabungan Strategik

Kebanyakan strategi pemasaran menghendaki syarikat menjalankan usaha secara bersendirian untuk maju dan mencapai kelebihan dayasaing. Strategi-strategi tersebut memerlukan syarikat bersaing sesama mereka dalam menguasai segmen pasaran sesuatu industri.

Dalam pada itu, terutamanya di era liberalisasi perdagangan di abad ini, terdapat juga  paradigma yang berbeza dalam persaingan perniagaan. Syarikat-syarikat mengambil pendekatan berkerjasama untuk menambah keupayaan dan mencapai prestasi yang lebih baik. Dari itu, konsep penggabungan strategik (strategic alliance) telah digunapakai secara meluas sebagai strategi meningkatkan lagi dayasaing, khususnya dalam pemasaran produk.

Secara umum, penggabungan strategik dimaksudkan sebagai dua atau lebih syarikat mengadakan kerjasama  untuk mencapai objektif perniagaan yang tidak mampu dilakukan secara bersendirian. Melalui kerjasama ini mereka bergabung tenaga (teknologi, pengetahuan, kepakaran, kewangan, lojistik, dsb.) dalam melaksanakan misi perniagaan yang masing-masing mempunyai kepentingan tertentu daripadanya.

Antara tujuan utama syarikat melaksanakan penggabungan strategik ialah untuk mempelajari atau memperoleh sesuatu teknoloji baru, menambah keupayaan dalam menjalankan operasi (spt. pengeluaran & pemasaran), memudahkan laluan ke pasaran baru, mengurangkan risiko kewangan, dan mencapai serta mempastikan kelebihan dayasaing dalam industri. 

Pada masa ini, kita boleh lihat berbagai aktiviti berkenaan penggabungan strategik dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di negara kita. Antaranya seperti contoh umum berikut:

   Selain di dalam negara, pengeluar kereta nasional juga melantik wakil-wakil  pengedar internasional untuk meluaskan pasaran / jualan keretanya ke luar negara.

~    Kolej tempatan menjalankan program pembelajaran samaada secara program-berkembar (twinning), collaboration atau affiliate, dsb. dengan universiti tempatan dan juga dengan universiti luar negara.

~    Syarikat-syarikat kejuruteraan dan IT bekerjasama melaksanakan satu projek mega.

   Pengeluar produk kesihatan melantik agen-agen di setiap negeri untuk memasarkan produknya. 

Bagi aktiviti pemasaran, terdapat empat kategori penggabungan strategik yang biasa dilaksanakan oleh syarikat-syarikat, iaitu:    

Kategori Penggabungan   Ciri-Ciri
Produk /  Perkhidmatan   Syarikat mengeluarkan lesen (licensed) kepada syarikat lain untuk mengeluarkan produknya / menjalankan perkhidmatannya.
Promosi   Syarikat melaksanakan aktiviti mempromosi produk / perkhidmatan syarikat lain.
Lojistik    Syarikat menawarkan khidmat lojistik kepada syarikat lain.
Harga   Dua atau lebih syarikat berkerjasama dalam penetapan harga produk.

Samaada ianya joint venture, partnership, twinning, collaboration, affiliate dan sebagainya, kerjasama demikian akan dapat mengatasi keupayaan syarikat yang terhad. Terdapat banyak potensi faedah daripada perkongsian bijak melalui pernggabungan strategik ini, antaranya seperti yang telah disebut di atas (tujuan melaksanakan penggabungan strategik) dan juga seperti yang saya nyatakan dalam Five Potential Benefits of Strategic Alliance di blog ini.

About these ads

14 Responses to Strategi Pemasaran : Tingkat Dayasaing Melalui Penggabungan Strategik

  1. soraya berkata:

    sy nk ty pasal analisis pemasaran pa kepentingan die dan kenape bnda ni diperlukn? sy jumpe sikit sgt ttg perkara ni…arap leh bntu…TQ

  2. infosky berkata:

    Hai,
    I bg dlm point shj, hrp dpt compile sndri ye.
    – Analisis pemasaran (AP) – mmbrikan maklumat / data / pandangan menyeluruh ttng biz yg nak dijlnkan. Pnting utk knalpsti factor yg pngaruhi pnawaran & prmintaan, bila ie.- Nak start biz baru; Nak masuk ke segmen baru pasaran; Nak lancar produk baru; Nak tau biz apa yg bagus.

    – Pemasaran = aktiviti djlnkan mmpromosi produk brpndukan maklumat penilaian (spt keperluan,sasaran, pesaingan di pasaran dll.) hasil dpd AP yg dbuat, so kalau tak buat AP susah nak pasti cara nak buat pemasaran.

    – Sbb buat AP: antaranya 1) Nak pastikan produk (tawaran) kita ada tak demand di pasaran, kalau ada: siapa pembeli, ramai mana, lokasi mana, kemampuan beli mereka?, lama mana trend tu boleh berubah? ramai x pesaing, dsb. 2) Nak pastikan (dpd maklumat AP tsb.) cara / strategi yang nnti boleh bantu jual produk. 3) Nak perbetul/fine tune produk sediaada. 4) Nak adakan / tunjukkan kprluan utk sediakan Pelan Pemasaran/Perniagaan.

    – AP perlu sbb dlm stiap pelan pmasaran/prniagaan kndungannya msti ada bhg AP & dari situ blh lngkpkn bhg-bhg kewangan, strategi serta ramalan / unjuran jualan, untung dsb. mengikut jangka masa (pendek / panjang). Kalau nak buat pinjaman (ie-bank) misalnya, bhg AP ni diteliti sbb. nak tengok setara mana kita ni tahu pasal industri yg kita nak buat biz.

    – Dari satu artikel -‘Objektif AP = nak kenalpasti situasi d pasaran dan fahami peluang & ancaman yg berubh-ubah kerana ianya berkait dgn strength + weakness syarikat’ – ni mcm SWOT analisis lah, tapi boleh nampak disini tntg keperluan syarikat kena buat AP dari masa ke smasa.

    – Kajian / AP akan menganalisa trend pasaran, pengguna, pesaing – (saiz, kadar pertumbuhan, keperluan kewangan, keuntungan, life-cycle, factor kejayaan dll.) -maka ia akan membantu utk pastikan kejayaan biz – melalui pengurusan yg strategic, konfiden, berperancangn & sistematik. — so AP sangat berguna.

  3. fyza berkata:

    salam…
    leh x jelaskan secara terperinci apa itu….
    strategi produk…strategi harga…strategi jualan… strategi pengiklanan..

  4. infosky berkata:

    Ada sedikit dalam post entry saya hari ni – Strategi pemaaran 4P(+3P).
    —mengenai strategi jualan, apakah ianya ada kaitan dgn konsep jualan dalam post terdahulu – 5 konsep pemasaran-, sya tak sure.

  5. b4rover berkata:

    salam…
    saya cuma ingin bertanya tentang PUSH & PULL strategy..
    erm, bagaimana strategi ni boleh diaplikasikan dan apakah pakej-pakej yang diperlukan untuk merealisasikan strategi tersebut..
    Terima Kasih..

  6. infosky berkata:

    Hai….salam,
    (Soalan yg baik tapi maaf sya sngat lambat respon)

    Ringkasnya: PUSH strategy – pengeluar/pemasar nak ‘tolak’ produk supaya smpai & dibeli pengguna. Untuk applikasi, selain pengiklanan biasa, dia perlu lantik saluran2 pengedaran & penjualan / agen yg ramai agar liputan mnyeluruh & mudah smpai kat pengguna. Pengedar /pmborong /peruncit perlu diberi insentif yg baik (cth: komisen/margin untung yg tinggi) supaya galakkan mereka pasarkan produk dgn lbih efektif. Bgi produk baru dpasaran bagus pilih push strategy sbg permulaan.

    PULL strategy – pngeluar/pemasar nak ‘tarik’ pengguna kpd produk. Pengiklanan kena buat besar2an dlm plbgai motif & media sbb nak umum ttng produk dan syarikat kita – supaya pngguna dtng cari produk dgn kita bila perlu. Strategi ni lebih brgntung kpd anggapan / kpercayaan pngguna thdp sykt pengeluar produk. Cth: orng cari pengeluar/jenama bila nak beli satu2 produk sbb mereka dah yakin dgnnya. Bgi pengeluar/sykt yg dah establish patut guna strategi ni – produk mereka dah diketahui/fahami pengguna & sykt pula mmpu kluar kos yg tingi utk persaingan dlm. promosi/pmasaran.
    Namun kalau nak kira pmasaran lebih efektif, kena guna kombinasi yg seimbang antara push – pull strategy.

  7. Brick-UUM berkata:

    Penggabungan strategik/partnership ni mmg bagus kalau ada kesepakatan. Takut dlm jnka panjang ada pihak yg tak tak puas hati / tamak nak untung sebelah pihak atau berlaku pengkianatan pada pihak partnernya.

  8. nurul adlina berkata:

    salam..
    bleh tak jelaskan mengenai marketing strategy..
    market driven
    market n competitive space

  9. infosky berkata:

    Market driven strategy – antaranya nak dptkan competitive advantage dlm ruang pasaran yg serba kompetitif. Komponen ( spt. Teknologi, pricing, situasi ekonomi, tahap customer servis dan relationship dll.) perlu dikenalpasti, dikaji, dimanipulasi & disesuai dgn space & situasi pasaran semasa supaya ianya adalah ‘matching’. Umumnya ialah meningkatkan keupayaan dalaman sykt serta memberi respon yg terbaik thdp diversity dan perubahan dlm marketplace. Brknaan initiatif yg perlu munkin ada kaitan dpd tulisan ini: ‘Successful companies encounter unique competitive challenges. However, there are several product strategy initiatives that are relevant to all organizations seeking to develop market-driven strategies. Key initiatives include the leveraging the business design, recognizing the growth mandate, developing market vision, achieving a capabilities/value match, exploring strategic relationships, building strong brands, brand leveraging, and recognizing the advantages of proactive cannibalization.’

    Dua cnth situasi: i)Pasaran hari ini, oleh faktor2 spt globalisasi, internalization of market, deregulation process, innovation & intellectual capital dll. menjadikannya competitive space yg ketara persaingannya. ii)Di amerika / barat, dikatakan higher education (oleh kerana kecemerlangan dan tinggi mutu penyampaian) berada dalam competitive space.

  10. Siti berkata:

    salam…
    boleh x jelaskan tentang “marketing order”….

  11. infosky berkata:

    Sedikit yg saya tahu:
    – Biasanya dlm bentuk dokumentasi.
    – Ianya spt. akta/regulation/arahan yg berikan spesifikasi bagi mengawal bagaimana aktiviti pemasaran sesuatu produk ( cth: buah2an, susu, tanaman dll.) perlu dilaksanakan. Di US umpamanya, Jab. Pertanian menubuhkan badan bertindak dan melantik komisioner yg beroriiti bg satu2 negeri untuk mengawal perkara yg terdapat dlm marketing order ini bg satu-satu produk tertentu.
    – Marketing order menggariskan antaranya spt liputan kawasan penguatkuasaannya, ahli2 lembaga yg dilantik/pilih serta tanggungjawab , tarikh kuatkuasa, dan juga tentang bagaimana kaedah memasar, mempromosi, packaging, kualiti, kos, kewangan/bajet, cukai, upahan dsb.
    – Spesifikasi/arahan2 tsb. biasanya berkait dengan satu-satu akta/arahan lain yg lebih tinggi/utama hirakinya (spt akta di kementerian berkenaan atau tertentu.) .

  12. lucrosdorien berkata:

    salam

    boleh tek jelaskan bagaiman untuk membangunkan sesuatu mass marketing,,,

    dan apasebenarnya bende nie sye x berape faham ttg bnde nie dat yang tye ni

  13. ibrahim berkata:

    boleh tak jelaskan kebaikan dan keburukan penggabungan dua syarikat.

  14. tuan shaddiq berkata:

    saya nak tahu cara paling berkesan dalam aktiviti pemasaran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: