Pengurusan Hiraki & Kelemahannya

(Tulisan ini adalah respond kepada sdr. Amer Yusri – pelajar BBA – yang meminta penerangan ringkas mengenai pengurusan hiraki dan masaalah daripadanya).

SESEBUAH organisasi formal mempunyai struktur organisasi yang dibentuk melalui proses pengorganisasian, di mana sistem organisasi dibahagikan kepada beberapa fungsi dan peringkat kuasa tertentu bagi mengadakan satu proses pentadbiran yang efisen untuk mencapai objektif. Pembahagian fungsi dan peringkat kuasa tersebut ditunjukkan dalam carta organisasi yang mengandungi struktur hiraki jawatan-jawatan utama dan juga dalam unit-unit di organisasi.

Pengurusan hiraki merupakan gelagat dan amalan pengurusan yang terbit daripada struktur organisasi yang berhiraki tersebut. Pengurusan ini memberi penekanan kepada metodologi analitik dan reductionism. Mengikut pendekatannya, prestasi organisasi akan menjadi optima apabila fungsi indinvidu dapat dioptimakan.  Bagaimana pun, pengurusan ini lebih berjaya dalam keadaan persekitaran yang stabil sahaja.

Dalam persekitaran mikro dan makro organisasi yang berubah-ubah, terdapat masaalah-masaalah yang biasa dikaitkan sebagai kelemahan daripada amalan pengurusan ini, antaranya ialah:

a.     Terlalu banyak kawalan (akta, peraturan, pekeliling, dll.) yang menjadikannya bentuk pengurusan yang tidak fleksibel. Sesetengah kawalan pengurusan pula adalah unnecessary dan tidak bertepatan dengan fungsi dan aktiviti teknikal bahagian / seksyen / unit hingga menimbulkan masaalah perlaksanaan kerja. Justru, melahirkan suasana kerja yang kurang dinamik dan menghindarkan perubahan.

b.    Accountability yang rendah / sempit di kalangan pengurus di mana mereka lebih terikat kepada mencapai prestasi dan objektif bahagian / seksyen / unit  mereka sendiri sahaja.

c.    Social isolation di kalangan pakar-pakar. Mereka cenderung dan bagus bekerja di kalangan mereka yang sama fungsi sahaja, tetapi kurang berkebolehan dalam berinteraksi dan melaksanakan tugas dengan kumpulan lain yang berbeza fungsi.

d.    Halangan komunikasi yang ketara di antara peringkat-peringkat / aras pengurusan yang terlalu banyak dalam struktur hiraki. Masaalah birokrasi ini membawa kepada tahap efisensi pengurusan dan pencapaian produtiviti yang rendah.

e.    Penekanan kepada prestasi oleh pihak atasan terhadap subordinat adalah melalui kaedah yang terbahagi dan tidak terselaras.    

f.     Kurang tanggungjawab cross-functional di kalangan subordinat kerana pihak atasan menilai prestasi mereka melalui kaedah pengukuran yang sempit.

g.     Tidak mengambil berat tentang customer value kerana para pengurus  merasakan elemen tersebut adalah tanggungjawab sampingan, malah ianya menjadi tugas subordinat.

Keketaraan masaalah atau kelemahan pengurusan hiraki di atas adalah bergantung kepada bagaimana pembahagian fungsi dan kuasa dibentuk dalam struktur organisasi itu sendiri. Umumnya, lagi tinggi aras hiraki pengurusan, lagi ketara masaalah / kelemahannya. Namun di sebaliknya, sesetengah organisasi membentuk sistem pengorganisasian berasaskan kepada faktor-faktor lain yang lebih luas daripada faktor efisensi perkhidmatan semata-mata, antaranya seperti keperluan sosial dan dasar kerajaan pada sesuatu masa.  

About these ads

10 Responses to Pengurusan Hiraki & Kelemahannya

  1. Amin berkata:

    En Infosky,
    Nak bg tau, klau betol sdr amer yusri yg encik mksudkan tu, dia pergi ke California, USA further study kat sana mulai julai tahun 2007. Munkin dia lupa nak check blog encik kot.

  2. infosky berkata:

    Dah ada dia contact sya melalui e-mail bg tau dia blajar di u calif. USA tu, pd hujung tahun 2007 dulu. Thanks for ur reminder.

  3. IWIN berkata:

    Nak tanya perkara (g) – tidak mengambil berat ttg customer value, boleh terangkan?

  4. infosky berkata:

    Hai, maksud para (g) = sebab hiraki yg tinggi, ada banyak level bos dan subordinat masing2, maka antara mereka saling letak tanggungjawab customer value tu kebahu org lain / saling berharap. Yg biasanya ialah bos tolak ke subordinat la…dan seterusnya dan seterusnya, …tak nak ambil tanggungjawab tu sendiri. Lama lama tak ada orang yg peduli ttg customer value tu.

  5. ej berkata:

    salam.nk tanye..sy ni baru lagi dlm blog ni..bleh tak kalo sy nk mintak tunjuk ajr.sbb baru memulakan perniagaan..tapi skrg ni.sy nk buat working paper,n baru nk mmebentuk organizasi secara rasmi..ade sample tak?any guidelines?

  6. infosky berkata:

    Harap maaf, lpas 2 mggu di jpn ni kpla pun msih crowded.
    BTW, bknaan dgn mmbntuk organisasi, dari aspek strukturnya biasa dibuat mgikut bbrapa jenis antaranya spt functional, divisional & matrix. Struktur divisional ada 3 sub kategori: ie.- product, market & geographic structures.
    – Pmilihan struktur yg brtpatan dgn CIRI bisnnes adlh pnting sbb ianya berkait dgn efisensi (aspk komunikasi, product development, customer service, etc.) dan kos operasi.
    - Bg permulaan & saiz sykt dgn manpower yg agk kecil/sdrhna, dikatakan matrix structure lebih baik sbb kurang lini hiraki, mka dpt kurangkan kos, komunikasi lebih efisen dan pembahagian otoriti yg berpadu. Matrix structure ni meletakkan fungsi spt finance, HR & PR/customer service brtnggungjwp kpd beberapa aktiviti/produk yg dijalankan.
    - Bgmna pun jka bisnes yg agak besar/luas aktivitinya, mngkin prlu di adjust kpd bentuk functional / divisional supaya lebih teratur/spesifik aspek tnggungjwab dan pngawalannya.
    - Perbezaan bentuk struktur ni dapat dilihat antara bentuk2 organisasi / kementerian kerajaan berbanding kebanyakan organisasi swasta. Apa pun, aspek penting spt komunikasi, kos, pengawalan kuasa/otoriti, skill/expertise serta keupayaan kwngn & teknologi yg ada perlu diambil kira.

  7. XRiz berkata:

    kenapa / bgaimana boleh timbol hal yg sdr kata di para (c) social isolation dikalangan pakar dlm hal struktur bhiraki ni?

  8. infosky berkata:

    Social isolation – pengasingan dari aspek spt pergaulan, komunikasi, topic perbualan dsb disebabkan kemahiran yg berbeza. Ini kerana terdapat kecenderungan struktur hiraki yg mengasingkan kedudukan/jawatan/tempat kerja/tanggungjawab mereka, jd tumpuan hanyalah pd bentuk kemahiran mereka yg spesifik shj. ie- menghadkan pendedahan kpd yg. lain-lain – maka social mereka juga ikut terhad (isolated).

  9. ARNIZ berkata:

    Yg saya perasan, banyak ketua jabatan / organisasi suka buat struktur organisasinya berhiraki tingi2 supaya dia dapat naik duduk gred yg lagi tinggi….ni terutamanya dalam jab. kerajaan. Soal banyak kelemahan dan x efisen tu x perlu pikir sebab itu masalah keajaan, bukan masalah dia.

  10. zul berkata:

    BTW, bknaan dgn mmbntuk organisasi, dari aspek strukturnya biasa dibuat mgikut bbrapa jenis antaranya spt functional, divisional & matrix.apakah maksudnya dan contoh bentuk pengurusan itu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: