5 Konsep Pemasaran

SESEBUAH industri mempraktik konsep pemasaran tertentu untuk mencapai objektif pemasarannya. Konsep pemasaran dipilih berasaskan kepada kesediaan produk dan keupayaan fasiliti pemasaran oleh industri tersebut, serta bersesuaian pula dengan faktor-faktor persekitaran pasaran dan pembelian oleh pengguna sasaran.  

Secara umum, terdapat lima konsep pemasaran, di mana setiap konsep tersebut dibezakan oleh bentuk orientasi dan penumpuan industri dalam melaksanakan aktiviti pemasaran masing-masing, iaitu: 

a.          Konsep Pengeluaran

Konsep Pengeluaran adalah berasaskan kepercayaan bahawa pengguna lebih berminat membeli produk yang berharga murah serta mudah diperolehi. Oleh itu, industri akan memberi tumpuan kepada kecekapan pengeluaran produk dalam jumlah yang tinggi, menggunakan kos sumber yang rendah, menawarkan harga jualan yang murah dan mengadakan liputan pengedaran yang luas.

Konsep ini sesuai sebagai strategi untuk meluaskan pasaran produk. Pengguna sasaran adalah golongan yang membeli produk disebabkan keperluan dan tidak mengutamakan ciri -ciri produk tersebut.

Oleh kerana konsep pemasaran ini mengutamakan  prestasi dalam pengeluaran serta penjualan produk, maka industri yang memilih konsep pemasaran ini biasanya kurang menitikberatkan aspek kualiti layanan dan perkhidmatan kepada pelanggan. 

b.          Konsep Produk

Konsep Produk adalah berasaskan kepada prinsip bahawa pengguna akan menghargai dan lebih mengutamakan produk yang menawarkan kualiti, prestasi dan ciri-ciri inovatif yang terbaik.  Untuk itu, industri akan memberi lebih tumpuan kepada merekacipta produk yang berprestige – mempunyai attribute dan value yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri -  serta menyempurnakan pengeluarannya walaupun dengan kos yang tinggi. 

Segmen pasaran dan pengguna sasaran adalah terpilih kerana ciri-ciri produk yang spesifik serta harga tawaran yang tinggi. Sementara keuntungan pula tidak diasaskan kepada volume jualan, sebaliknya ia ditentukan melalui margin keuntungan yang telah ditetapkan.

Bagaimana pun, disebabkan terlalu committed  terhadap usaha mengadakan kualiti dan inovasi produk, industri yang berorientasikan konsep pemasaran ini cenderung tidak memperhatikan trend sebenar pengguna di pasaran.  Produk yang dikeluarkan kadangkala mengalami kesulitan dalam pemasaran kerana faktor-faktor persekitaran pasaran yang sering terlepas pandang seperti timing, perubahan kuasa belian pengguna dan persaingan produk. 

c.          Konsep Jualan

Konsep Jualan  berorientasikan menjual produk melalui kaedah pemasaran yang lebih agresif.  Industri yang memilih konsep ini percaya bahawa pengguna mempunyai minat yang rendah untuk membeli produknya serta tidak akan membeli produk dengan mencukupi sebagaimana diharapkan sekiranya tidak didorong.  

Konsep ini dipraktik apabila industri mempunyai kelebihan keupayaan dalam menyediakan produk serta berkeyakinan bahawa ia mempunyai fasiliti yang cukup untuk melaksanakan aktiviti pemasaran yang dirancang.  

Produk yang dipasarkan biasanya terdiri dari kategori bukan keperluan yang mana pengguna mungkin tidak berusaha atau terfikir untuk membelinya. Sebagai contoh, penjual insuran, kad diskaun dan encyclopedia biasa menggunakan kaedah hard-sell supaya pengguna membeli produknya.  Selain itu, konsep ini juga sesuai bila industri mempunyai stok yang banyak bagi sesuatu produk. Di sini, tujuan pemasaran adalah lebih kepada untuk menghabiskan stok, sementara faedah di pihak pengguna kurang diutamakan.

Memandangkan prestasi jualan adalah berasaskan faktor dorongan terhadap pengguna, maka aktiviti mempromosi akan dijalankan dalam berbagai versi yang lebih menarik semaada secara direct atau melalui media pengiklanan yang luas. 

d.           Konsep Pemasaran

Konsep Pemasaran berbeza dengan tiga konsep yang dinyatakan di atas. Konsep ini berorientasikan memenuhi keperluan dan kemahuan pengguna dengan efektif, sedangkan tiga konsep sebelumnya berorientasikan kepentingan industri untuk menjual produk.   

Empat perkara berikut merupakan prinsip utama yang menjadi tonggak kepada  konsep pemasaran ini, iaitu: 

  • Pasar sasaran – memiilih pasar sasaran yang tepat dan membentuk aktiviti pemasaran dengan sempurna.
  • Keperluan pengguna -  memahami kehendak sebenar pengguna dan memenuhinya dengan lebih efektif. 
  • Pemasaran berintegrasi - kesemua fungsi / sub-unit industri bekerjasama memenuhi tanggungjawab pemasaran. 
  • Keuntungan - mencapai keuntungan melalui kepuasan pelanggan. 

e.          Konsep Kesejahteraan

Konsep Kesejahteraan adalah langsungan daripada Konsep Pemasaran di mana ia ditambah dengan unsur-unsur  kepekaan industri terhadap kesejahteraan pengguna serta masyarakat keseluruhan. Ianya berasaskan prinsip bahawa industri mempunyai tanggunjawab sosial yang perlu dipenuhi dalam masa ia bertindak   mencapai objektifnya. 

Melalui konsep ini, industri sentiasa mengambilkira kepentingan sosial dan etika sebagai satu agenda bersama dalam membuat keputusan pemasaran. Oleh itu, dalam pemasarannya, industri perlu menyeimbangkan antara tiga kriteria berikut: 

  • keuntungan yang perlu diperolehi
  • kepuasan penguna yang perlu dipenuhi
  • kesejahteraan masyarakat yang perlu di pelihara

WALAU apa pun konsep pemasaran yang akan digunapakai oleh sesebuah industri bersesuaian dengan objektif dan orientasinya, namun aktiviti pemasaran sepatutnya berpandukan filosofi yang berasaskan kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian produk serta perlulah mengambilkira faktor kesejahteraan terhadap masyarakat.

About these ads

81 Responses to 5 Konsep Pemasaran

  1. solikin berkata:

    jika di kembangkan ternyata konsep pemasaran memiliki banyak cakupan yang mana saling mendukung dan melengkapi. sejauh yg sama tahu konsep pemasaran ini hanya terdiri dari tiga kategori yaitu konsep produk, konsep penjualan dan konsep pemasaran sendiri.
    sungguh hal yang menarik jika setiap pemasar mengetahui kelima konsep ini dan saya yakin mereka juga telah tahu namun mungkin ragu dalam hal penerapannya.

  2. infosky berkata:

    hai solikin,
    Memang ramai yang tahu konsep pemasaran, namun tidak ramai yang memahami dan ingin melrealisasikan ‘hasrat’ daripada pengertian pemasran itu sendiri, ie konsep kesejahteraan.
    All the best to you.

  3. rina berkata:

    hai,aku barusan baca artikel ini,aku cukup terbantu dengan artikelmu bwt selesein tugas dari dosen aku,mkasih ya.sukses seterusnya buatmu.

  4. infosky berkata:

    Hai Rina, anda sangat dialu-alukan dan terima kasih krna melawat blog ini.
    Semoga sukses sentiasa.

  5. Ramon berkata:

    Bagus sekali kalau memahami konsep kepada pemasaran ni ya Pak.
    Selamat berjaya.

  6. mirae berkata:

    Hello….
    thank’s a lot..artikel ni banyak kasi saya bantuan untuk memahami konsep pemasaran n sedikit sebanyak dapat bantu saya siapkan assingment saya mengenai perkhidmatan pelanggan..good luck n all the best to u!!!

  7. infosky berkata:

    hello mirae,
    u’re welcome…. semoga berjaya dlm study anda & grad dgn result yg cemerlang… n all the best too to u!!!.

  8. Remi berkata:

    Hai,
    Artikel ni dah bantu saya siapkan assignment bkn pemasaran.
    thanks…….

  9. nana_naz berkata:

    saya nak tahu apa maksud pengilangan dengan lebih detail..
    boleh bantu saya??

  10. infosky berkata:

    Nana_naz,
    sya tak sure dapat bg dgn tepat sbb tak tahu perspektif mana yg anda khndki. Umumnya;

    ‘Pengilangan’ – dpd ktadsar kilang (= premis + fasiliti yg sediakan produk), maka pengilangan = aktiviti menyedia / mengeluarkan produk melalui proses& sistem trtntu + mgunakan prosedur,bahan, jentera/teknologi & manusia.

    Cnth sektor pengilangan = spt: Electronic & Electrical Products, Chemical Products, Petroleum Products, Textile & Wearing Apparels, Wood & Wood Products, Rubber Products, Non-metallic Mineral Products, etc.

    Mengikut AKTA CUKAI JUALAN, 1972:
    “pengilangan” ertinya mengolah dengan cara tangan atau jentera
    bahan-bahan organik atau bukan organik hingga menjadi suatu
    keluaran baharu dengan mengubah saiz, bentuk atau jenis
    bahan-bahan itu dan termasuklah memasang bahagian-bahagian
    hinga menjadi suatu rangkaian jentera atau keluaran lain, tetapi
    tidak termasuk memasang jentera atau peralatan bagi maksud
    pembinaan;

    Utk jlnkn aktiviti pengilangan msti dptkan lesen. Cnth: ‘Mana-mana syarikat/orang perseorangan yang ingin menjalankan aktiviti pengilangan cakera optik hendaklah memohon lesen di bawah Akta Cakera Optik 2000.’

  11. hendra berkata:

    Hai,
    berapa ramai kah peniaga / pemasar kita yang mengamalkan konsep kesejahteraan ….. kebanykannya memilih keuntungan terlebih dahulu.. barulah fikir kesejahteraan pengguna. anyway, all d best…2u.

  12. nassir berkata:

    hello,
    thanks infosky – ur artikel bagi saya faham lagi baik pasal konsep pemasaran. minta guna idea u utk tugasan study saya yee. thanks again.

  13. pink berkata:

    hello infosky..
    konsep keluaran berbeza dengan konsep pengeluaran,,
    saya harap kamu boleh tambahkan lagi satu konsep iaitu KONSEP KELUARAN

  14. yusuke berkata:

    mcm mane nak crik konsep jualan?

  15. infosky berkata:

    Hai Pink;
    Maaf sbb lambat respond, sya trpksa ‘bkurung’ 3 minggu lepas krna menyiap dan present projek akhir sya. Thanks for yr good comment. Sbnrnya ada juga kawan2 sya yg britau tntg Konsep Keluaran. Anyway, sya cuma xtract 5 konsep yg biasa (sesetengah penulis memberikan 3 / 4 je) & bersamaan juga dgn orientasi pemasaran oleh Philip Kotler dlm Marketing Management, The Millinium Edition (2000).

    Thanks & all the best.

  16. SYed_07 berkata:

    hello,
    harap infosky dapat tulis banyak lagi pasal pemasaran.
    –ok.

  17. Hana S berkata:

    hello,
    beberapa konsep pemasaran tsb jika digabungkan boleh juga di praktik oleh industri.

  18. asz berkata:

    hello infosky…may i ask some question?
    ”marketing is the best way to satisfy individual needs”
    can u explain more…thanks…

  19. asz berkata:

    infosky…i need ur help!!! soalan kat atas 2 soalan assigmnet i…
    plz reply ASAP…thanks….

  20. infosky berkata:

    Hai asz,
    sorry 4 late respond, just arrived home and logged in. Coz u need d reply ASAP, so i just give whatever i have in mind right now, in pts form only.

    - Because ‘marketing deals with identifying and meeting human and social needs’

    From the marketing definations itself: (Kotler, 2000)
    1. ‘Meeting needs profitably’ – ie. marketing is the way to meet (satisfy) the need of individuals……

    2.‘ Marketing is a societal process by which individuals and groups obtain what they need and want through creating, offering and freely exchanging products & service of value with others’ – ie. through marketing, inviduals and groups can obtain their needs and wants of value products (therefore achieve satisfaction).

    3. ‘Marketing is the process of planning and executing the conception, pricing, promotion and distribution of ideas, goods and services to create exchanges that satisfy individuals and organizational goals’ – ie. Marketing involves activities that give special attention on satisfying individual and organization’s goals.

    - Marketing = ‘a system of business activities formed to plan, pricing, promoting and distributing a product with value for the benefit (to satisfy) of the customer’

    - refer to ‘Strategy pemasaran: fokus kepada pengguna’ in this blog: ie – all activities undertaken in this strategy are not only to get customers but to match product with what they need. ie – marketing strategy is implemented to identify and meet individual / human needs.

    - Marketing orientations, the Marketing Concept & Societal Marketing Concept – are having the orientation of fulfilling the need & wants of individual in a more effective ways whereby the issue of social & ethical are also considered.

    so, marketing activities, strategies and orientations are all focus on meeting the individual / customer need and promoting them the benefits / value as well ie- thus it is the best way in satisfying customer.

    — u may need to compare with other activities / functions of a business in selling a product too…..

  21. asz berkata:

    thanks a lot infosky….u byk kasi information kat i…
    u da settle kan problem i…at least i nampak apa yg i kena wat
    untuk assigment ni…thanks…

  22. soraya berkata:

    hye infosky !!!

    can u help me? i cari info about ‘macam mana pemasaran adalah cara terbaik bg memenuhi kehendak pengguna’ adakah 5 konsep pemasaran bleh digunakan? tq so much …ASAP… OK

  23. infosky berkata:

    hye soraya, nmpaknya soalan u serupa juga maksud dgn soalan oleh asz di atas & boleh ambil idea dpd points yg sya cdngkan kpd beliau tsb. – sekiranya nak jelaskan ‘pemasaran adalah cara trbaik bg mmenuhi khndak pnggna’.

    - definasi2 pmasarn jlaskn pmasran brprinsip bg mmnuhi kprluan, kmahuan dan demand pnggna.

    - dari 5 konsep pmsran, konsep pemasaran & konsep kesejahteraan khususnya ada berorientasi memenuhi kehendak pnggna.

    lagi, pemasaran = proses interaksi antara pmasar & pngguna (ie. – buat planning, analisis SWOT, kajian pasaran, & tindakan2 pemasar dlm strategi 4P & strategi fokus kpd pngguna {d blog ni}, customer servis dll. wlaupun utk kpntingan pemasar, sebenarnya ada kaitan utk kebaikan pengguna juga, ie – knalpasti kemahuan n demand pengguna dan penuhi kehendak mereka.)

  24. soraya berkata:

    hye infosky…

    thanks a lot ….sbb sudi tolong….hehheh tq ok!!!

  25. soraya berkata:

    mksd u ..konsep 4P pun bleh digunakan ker?

  26. infosky berkata:

    yes, – - konsep/strategi 4p, product – pricing – place – promotion, dlksana agar jualan tingi & dpt bnyk untung melalui tawaran pduk yg mnepati khendk pngguna dgn sebaiknya.
    — spt. satu definasi pendek bg pmsran: ‘mmenuhi kperluan dgn mguntungkan’ boleh dtranslate sbg pemasaran yg baik msti win-win situation, ie.- pemasar dpt untung , pengguna juga dpt untung (faedah / value produk).

  27. soraya berkata:

    thanks a lot…

  28. Hellmee berkata:

    Hai infosky,
    wah…. nampaknya bnyk feadah sya dpt dri tulisan-tulisan u. Sya ni student di kolej swasta & slalu cari info kat internet. Slamat maju jaya.

  29. azizan berkata:

    infosky,

    u ni baiklah.. cuba sehabis baik jawap soalan dari kami.. apa pun, saya doakan yang terbaik untuk awak…dan saya akan jadikan blog awak sebagai rujukan saya dalam bidang pengurusan..

    tenqiu..

  30. infosky berkata:

    hai azizan,
    t/kasih lah krna mrujuk blog ini yg tk sbrapa isinya. sya mnulis stkat mngisi masa dan ingin brkongsi dri pngetahuan & pngalaman yg sedikit shj saya ada. Bila ada prtnyaan sya akn cuba sbrapa mmpu mnjwpnya, tpi takut jga tk tepat sprti dkhndaki jika sya tk mngtahui prspktif sbnar soalan, apalagi yg akademik. Sya juga tk slalu semak blog ini bila trlalu bnyak urusan lain.
    btw. – all the best 2 u.

  31. asz berkata:

    hai infosky…
    i da submit assignmnet tau..thanks a lotzzz……..
    u da byk tlg i…hope u dapat tlg i lg…all da best ya…=)

  32. asz berkata:

    infosky…
    i ada one question kat u..apakah faktor2 y boleh mempengaruhi keputusan penentuan harga?erm….thanks ya…

  33. infosky berkata:

    asz,
    i just bagi pts. sja, harap susun / pilih sndiri.
    Asasnya = kos production/penyediaan (p1) + kos penyampaian (p2) + profit/margin keuntungan (p3). ie- p1 – bahan, peralatan, teknologi, manusia/buruh, penyelidikan, pengurusan etc. p2- transport, prmosi, advrtisement, agen/wakil jualan etc. p3- berapa nak untung?

    Lain2 faktor: mikro & pesekitaran, antaranya:
    - Buying power pengguna – ie- samada pendapatan tinggi, sederhana, rndah – ena sesuakan harga.
    - Lifestyle pengguna – ie. Ada elite group, artis, vip …. Sanggup brbelanja tinggi
    - Customer perception – ie.- pngguna anggap produk special/prestige, sanggup beli dgn mahal
    - Value produk yg ditawar – ie. Produk bervalue boleh letak harga tinggi
    - Speciality of product– ie.- produk khas/khusus (cth. Ubat kurus badan..hu hu..) boleh harga tinggi.
    - Competitors price- ie. persaingan harga semasa / sediaada oleh pesaing dlm industri.
    - Bangsa & budaya pengguna juga boleh ambilkira.
    - Motif/objektif jualan/pemasaran – kalau nak introduce/promosi barang, nak perabis barang, saja nak lawan pesaing – so jual dgn harga murah.
    - Volume jualan – bayangkan: jual mahal laku sikit / jual murah sikit tapi laku banyak.
    - lain2 lagi: government regulations (cth; kalau ambil govt loan kena beli kereta proton) ethical considerations, dan economic conditions (ekonomi bagus rakyat mampu membeli) juga patut diambilkira utk letak harga produk.

  34. Deanne_07 berkata:

    infosky,
    sbg purata shj, saya kira kos produksi, kos penympaian & margin untung yg dkehendaki sudah cukup utk tentukan harga produk, ya tak?

  35. asz berkata:

    thanks infosky….u’r da best!!!thanks a lotzzzzzzz……..

  36. soraya berkata:

    hye, bleh x nk ty….JENIS-JENIS PROMOSI jumpe sikit je…nk lagi info …tq

  37. infosky berkata:

    hai,
    Promosi – biasa diberikan dlm 5 jenis/group utama:
    - Pengiklanan: Tv, radio, majalah, yellow-pages, banner, brochure, papan iklan, etc.
    - Jualan promosi: potongan harga, beri kupon, diskaun, buat peraduan, etc.
    - Perhubungan awam & Publisiti: Sponsor, hubungan media/press, counseling, pengaruh pngguna sasaran, penerangan produk, etc.
    - Jualan personal: bekal produk kpd organisasi/pembeli (tender, sebutharga, local order), stall, kedai, direct selling, etc. – lebih interactive, hadapi pembeli cara direct.
    - Direct marketing: tele-marketing, direct-mail, internet-marketing, etc.

  38. Sani-08 berkata:

    hye, boleh tulis lagi tak topic pemasaran…. h lma infosky tk tulis dlm blok ni.
    bye… .

  39. NamNescafe berkata:

    Ya lah..tunggu jugak infosky tulis lagi pasal pemasaran kot kot bleh info baru nak settle assignment sya… hu hu hu.

  40. fyza berkata:

    salam…
    leh x explain macam mana nak buat analisis pemasaran bagi produk baru… n strategi yang diperlukan bagi produk tersebu

  41. Ringma-009 berkata:

    konsep mana yg paling efektif untuk biz baru? sya rasa konsep pengeluaran dan kesejahtraan kot….

  42. DebbyM2v berkata:

    I,d translated this to english too.
    Thanks a lot….. DebbyM2v –UKs

  43. misz jue berkata:

    Pada pndapat en,apa yang dimaksudkan dengan ‘Pemasaran yang tidak berorientasikan keuntungan’ ?

  44. infosky berkata:

    Hai,
    bg sya ianya adalah aktiviti pemasaran yg djlnkan oleh organisasi bukan perniagaan, terutamanya spt agensi krajaan & badan/prtubuhan kebajikan (cth: hospital kerajaan, pertubuhan charity, etc.). Ianya biasanya lebih kpd produk bntuk perkhidmatan.

    Dulu pmasaran olh organisasi spt ini dikatakan sngat rendah kualiti penyampaiannya. Tpi kini, olh saranan krjaan dan sbgnya, kualitinya telah mningkat demi mencapai tahap reputasi & kredibiliti organisasi, sokongan kewangan / sponsorship, penyertaan sukarelawan. Olh itu, spt juga organisasi perniagaan, orientasi pmsaran non-profit juga mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.

  45. shy berkata:

    hai en infosky,
    adakah aktiviti pemasaran tidak berorientasikan untung sama dengan pemasaran yang berorientasikan untung?
    atau boleh tak encik terangkan dengan lebih lanjut ttg pemasarn tidak berorientasikan keuntungan…..
    terima kasih…

  46. infosky berkata:

    Sepatutnya sama jika tujuan nak capai tahap effectiveness. Tapi pada realitinya orientasi non profit ni terhad sebab utamanya faktor kewangan dan objektifnya. lagi satu faktor kelainan antara keduanya (profit & non-profit) ialah non-profit dikawal oleh pihak penganjur (penyedia kewangan) – ie aktiviti pemasaran kena ikut cara / persetujuan yg ditentukan depa tu. Kalau ada peluang nnti lain kali sya tulis bkenaan topik ni dlm artikel sya.

  47. ZATI PSAS berkata:

    APE KONSEP PENGIKLANAN DALAM NEGARA DAN ANTARABANGSA…??? BOLEH TOLONG SY PLEASE…DAH CARI BYK PAGE NI TP XJMP2…HUHU….

  48. infosky berkata:

    Kurang pngethuan sya nak jwp soalan anda dgn pasti sbb tak follow prkmbngan isu pengiklanan. Dari apa yg sya lihat scara kasar, kita banyak ambil idea iklan yg pernah/sedang dilksanakn di luar negara.
    Masa kini nampaknya pengiklanan bnyk guna Konsep Branding – ie.- sykt nak membangun ‘branding’/ penjenamaan mggunakan cara2 yg kreatif, efisen & memanipulatif demi mmpngaruhi kesedaran pengguna thdp produk mereka. Celcom, Maxis & Digi bersaing sengit dgn kaedah iklan msg2 spya terpahat jenama ( & strusnya produk) mereka dikepala pengguna. Digi yg dulu boleh dkata no.3 antara mereka kini dah meningkat pegangan marketnya.
    Sstngah sykt pula menaja program realiti yg menjadi trend/ kegemaran org masakini antaranya bertujuan utk mengetengahkan brand sykt dihati pengguna. Branding ni dah lama juga mnjadi agenda strategi skt kalau di luiar negara, tpi kat m’sia ni adalah beberapa tahun kebelakangan ni.
    Bgmanapun bnyk skt melaksanakan konsep pengiklanan berkonsep metrik, dgn plbgai objktif spt konsep harga, produk & positioning sekaligus.

  49. slumberderk berkata:

    mcm ne nk wat analisis swot…pasal strategy yg digunakan oleh syarikat proton

  50. infosky berkata:

    analisis SWOT mlibatkan environmental scanning (luar & dlm) – knlpasti & kaji perkara2 bknaan kekuatan, kelemahan, peluang & ancaman sykt/ssuatu bisnes. Utk proton perlulah dptkan mklumat & data mnyluruh bknaan bisnesnya. Kalau dpt dari sumber dalaman proton baguslah, tapi kalau tak boleh cuba dptkan dri laporan tahunan, data sykt dari Bursa Malaysia, laporan2 perniagaan semasa, dll. sptnya.
    Kekuatan munkin bleh lihat dri aspek kwngan (kecairan) & liabiliti, teknologi dan manpower selaras dgn practicality strategi semasa. Ancaman munkin dari aspek spt persaingan dan kemungkinan perubahan trend pasaran kini dsb.
    Contoh & template SWOT banyak kat internet, antaranya spt di wikipedia dan di http://www.businessballs.com/swotanalysisfreetemplate.htm

  51. Brick-UUM berkata:

    Thanks bro, u pun dh settle sikit msaalah I.
    Bye.

  52. Fadzil KL berkata:

    saya akui apa yang saudara nyatakan, tapi realiti perniagaan adalah sesuatu yang sukar dijangkakan oleh itu saya lebih berkeyakinan jika saudara nilaikan dalam proses yang boleh diukur sebelum memberi matlamat yang sedap didengar antaranya permulaan, persediaan, persaingan, penjenamaan, pengembangan, perbendaharaan dan akhirnya keberkatan. keberkatan inilah matlamat kepada nilai-nilai pemasaran yang sebenar……

  53. Budiman_AL berkata:

    Bg sya konsep sebenar pemasaran ialah sentiasa memenuhi keperluan umum, ie ikut trend semasa.

  54. Addne Jeffry berkata:

    Konsep pemasaran yg diamalkan sepatutnya mengutamakan kesejahteraan masyarakat melalui prinsip social responsibilty oleh sykt itu sendii.

  55. ARNIZ berkata:

    Tak faham sngat pasal konsep-konsep pemasaran tu, tapi sy rasa yg pentingnya peniaga mesti paham dan pandai jaga kustomer dia.

  56. chel berkata:

    help me….
    jelaskan ancaman dan peluang dalam persekitaran pemasaran….?????

  57. infosky berkata:

    Peluang dan ancaman dlm pasaran biasanya dianalisa dgn proses SWOT. Kedua2 ni berkait terutama dgn pengaruh factor luaran.

    Untuk lihat peluang bagus kalau diasaskan drpd kekuatan kita sendiri, ie dgn kekuatan (kewangan, manpower, teknologi, hubungan, etc.) yg kita ada, apakah kelebihan yg memberi peluang kpd kita dlm sesuatu industri berbnding dgn pesaing.

    Peluang boleh terbit drpd factor2 spt: perubahan teknologi dan trend pasaran; perubahan dlm social / lifestyle pengguna & status profile populasi di sesuatu segmen pasaran; dan perubahan polisi kerajaan. Dpd perubahan2 tsb mungkin ada kelebihan kpd kita, ie.- memberikan peluang kpd kita. Selain itu, peluang juga boleh terbit dengan menghapuskan kelemahan (weakness) yg ada pada kita.

    Ancaman pula adalah factor2 yg boleh halang kita maju / capai objektif. Kita kena kaji / forecast misalnya bila berlaku perubahan teknologi, mampu tak kita adapt dengan cepat, takut pesaing lebih laju dan mengatasi kita. Kalau krajaan ubah polisi ssuatu industri, mampu tak kita patuhi perubahan tersebut….dsbnya. Ancaman juga boleh terbit dari dalaman sykt, spt liability dari hutang lapuk, pinjaman jangka panjang, dsb. Faktor naik turun mata wang juga penting / jadi ancaman kiranya sykt berurusan dipasaran intrnasional.

    Bagaimana pun ancaman perlu dilihat juga pada kekuatan pada pasaing yg labih kuat / besar dpd sykt kita kerana mereka tu mampu menutup peluang2 yg ada pd kita.

  58. siti berkata:

    saya membuat tajuk tentang 4Ps, product, price, promotion,place…macam mana nak buat rumusan dan cadangan ye????

  59. ANgelina berkata:

    Nak tanya antara 5 konsep tsb yg mana satu paling baik?

  60. jieb berkata:

    assalamualaikum………

    saya nak tanya 4 soalan ni….
    1) apakah lima langkah di dalam proses pemasaran?
    2)apakah lima langkah orentasi pengurusan pemsaran?
    3)jelaskan 3 konsep berikut:
    a)customer value(nilai pelanggan)
    b)custamer satisfaction(kepuasan pelanggan)
    c)customer equity(ekuiti pelanggan)
    4)bagaimana syarikat boleh meningkatkan ekuiti pelanggan?

    boleh tolong jawabkan?

  61. MADE WISMAYA berkata:

    matur suksma artikelnya…

    mau tanya…?
    apa yang disiapkan agar produk yng dibeli bisa memmuaskan pelanggan ..?

    apa itu bauran pemasaran ?

  62. mira berkata:

    nk tanye lah….kat m’sia,company mane yg mengamalkan
    i)product concept
    ii)selling concept
    iii)marketing concept
    iv)sociental marketing concept

  63. amalz berkata:

    haha.thx a lot bro.
    u really help me.
    hahaha

  64. jj55 berkata:

    bagaimana anda boleh memasarkan produk charity atau kebajikan?

  65. jj55 berkata:

    bagaimana anda boleh memasarkan produk charity atau kebajikan?ada sape2 leh tolong??pleze…

  66. Bisma berkata:

    pasarkan produk charity ni kirakan bawah non-profit marketing – ianya nak puaskan customer & juga (kalau ada) para sponsors. Yg sya prnah buat dulu, mula2 identify target market (siapa, dimana, besar/luas mana dsb.) dan tetapkan objektif yg nak capai. Dari maklumat tsb., develop bahan advertisement – brosur, pamplet dsb. utk jelaskan cthnya siapa kita, apa produk, apa pentingnya & knapa perlu bantu kita. Kalau skrang ni bagus juga market melalui twitter, facebook / blog / web.

  67. tavip berkata:

    nice info.. banyak manfaat yang bisa di ambil terutama konsep 4p and 4c

  68. anisa berkata:

    sy nk bertanya ape maksud kualiti dari segi barangan iks

  69. ahmad berkata:

    ilmu yang sungguh bagus sekali.

  70. joko susilo berkata:

    Konsep pemasaran dasar sebenarnya terletak pada “muliakanlah orang lain,maka kita akan ikut mulia”…….

  71. fauzi berkata:

    lagi baca lagi pening

  72. Hurrah! At last I got a blog from where I be capable of in fact obtain useful information regarding my
    study and knowledge.

  73. klik berkata:

    Many useful tips and hints are available online on a website since classified ads by which
    we discover such a the legislation. They can be more often then not published often by the
    affected individuals themselves or simply by means of who find themselves accountable for often the
    arranging health of their meals

  74. apakah contoh syarikat yang mengunakan konsep jualan..???

  75. Ery Drie berkata:

    ssangat membantu dalam menyelesaikan tugas makalah sekaligus presentasi yang kebetulan dapat tema tentang pemasran

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: