Tasik Puteri Bukit Besi Bagai Dilupakan

Sempena cuti umum perayaan Tahun Baru Cina (18 & 19 Februari) lepas saya telah mengambil kesempatan pulang ke kampung di Terengganu. Bagi saya, pulang ke kampung sekali sekala memang seronok. Selain bertemu kedua orang tua dapat pula menikmati keindahan pemandangan yang melapangkan mata. Di KL, disamping sibuk bekerja, setiap hari melihat hutan batu dan mengharungi kesesakan trafik. Bila bercuti di kampung, mata terasa terang oleh kehijauan pemandangan dan fikiran pun lapang.

Pada petang hari pertama Tahun Baru Cina saya membawa isteri menjengok sekejap ke Tasik Puteri Bukit Besi. Tasik yang melibatkan kawasan persekitaran kira-kira 5 km persegi, bersempadan Kg. Dikinson di sebelah utara, terletak kira-kira 3 km dari bandar Bukit Besi bila menghala ke Kuantan melalui jalan Jerangau – Jabor. Di tebing sebelah barat tasik ini terdampar indah menghijau sebuah kawasan padang golf – Tasik Puteri Golf Club.   

Saya dimaklumkan bahawa Tasik Puteri ini telah diperuntukkan pembangunannya oleh kerajaan suatu masa dulu, bagaimana pun telah berlaku penyelewengan dikalangan pihak yang diberi amanah menyebabkan aktiviti pembangunannya terbengkalai begitu sahaja.

Pada tahun-tahun sebelum ini sudah banyak kali saya singgah di sini. Pada kunjungan  kali ini ianya masih sepi seperti dulu juga kerana tidak ramai pengunjung. Kawasan persekitaran tidak banyak dibangunkan berbanding dahulu, kecuali penambahan kerusi rehat di sekeliling tebing tasik dan sedikit pembaikan tebing di kawasan takungan air terjun kecil.

Dari pemerhatian, kawasan persekitaran air terjun ini memerlukan kerja pembersihan daripada sampah dan semak, terutamanya di tebing anak sungai di mana pengunjung berkeluarga membawa kanak-kanak mandi sambil menikmati  deruan air terjun yang menjunam ke dalam kolam takungan. Keadaan semak yang tidak terjaga sedemikian memungkinkan terdapatnya haiwan rayap berbahaya menginap dan mengancam keselamatan pengunjung.

Antara fasiliti, terdapat banyak tong sampah disediakan, tetapi telah melimpah dengan sampah buangan yang tidak diurus oleh pihak penjaga kawasan. Hanya  sebuah kedai minuman yang beroperasi secara kecilan walaupun sederetan kedai telah lama dibina. Mungkin tiada peniaga berani membuka perniagaan kerana kurang pengunjung, apa lagi pada hari-hari selain hari minggu dan cuti umum. Selain menjual makanan dan minuman, deretan kedai tersebut boleh digunakan menjual berbagai barangan cenderamata, seni dan kraf Terengganu.

Di bahagian utama tasik terdapat sebuah jeti kayu terapung. Di situ aktiviti berkayak dan roda air ada disediakan oleh pihak persendirian, namun katanya pada hari minggu sahaja kerana faktor pengunjung.  Melihat kepada ruangan tasik yang masih luas itu, banyak lagi aktiviti air boleh ditambah. Sementara di kawasan legar pula masih banyak penambahbaikan diperlukan. Kawasan letak kereta yang lebih luas dan kawasan bagi lain-lain aktiviti boleh didirikan sekiranya ramai pengunjung.

Tasik Puteri Bukit Besi sebenarnya cantik dan unik dengan keindahan landskapnya yang tersendiri, namun ianya bagai dilupakan. Tasik ini berpotensi menjadi tumpuan pengunjung sekiranya dibuat penambahbaikan fasiliti dan promosi kepada umum. Untuk lebih efisen dan berjaya, kawasan ini seharusnya ditawarkan kepada pihak swasta untuk mentadbir dan memajukannya.

About these ads

27 Responses to Tasik Puteri Bukit Besi Bagai Dilupakan

  1. Raja berkata:

    sangat cantik ke tempat tu…

  2. AfzaiAfandi berkata:

    Pernah ke sini suatu ketika dulu, lagi pun tempat ni takder jauh sangat dgn kampung aku. setengah jam perjalanan. Next time pasti aku akan bawa anak bini aku ke sini. Terima kasih geng kerana mengingatkan aku semula pada Taman Puteri Bukit Besi

  3. infosky berkata:

    Hai AfzaiAfandi,
    - Sama-sama.
    - So you’re orang T’ganu …. that’s good. I pon akan singgah lagi ke Tasik tersebut bila melewati jalan Jerangau – Jabor tu.
    - All the best to you.

  4. anakjati BB berkata:

    Assalamualaikum.walaupun kwsn ni tak lah secantik tmpt2 peranginan lain, tp aku suke g tasik ni.lagipun ni mmg kg kesayangan aku.hehe.skdr nk rehatkn minda smbil tgk air tasik kebiruhijauan bolehlah. kalau nak syok lagi, blh tgk pemandangan masa matahari terbenam… skrg ni dah ada pihak yg ambil cakna kat tmpat ni.ada tmpt rehat,gerai malah permainan kanak2 pun turut disediakan.setiap kali blk kg, blh dikatakan tiap2 hari aku k tasik ni.aku harap tmpt ni akan maju tp moga2 tidak akan hilang keindahannya satu hari nanti.Amin..

  5. infosky berkata:

    W’kumsalam anakjati BB,
    - masa pulang kg awal bulan April lalu saya ada gak jengok ke Tasik Puteri BB tu. Masa tu nampak macam ada persiapan utk sesuatu pembaikan kat situ sbb ada jentera berat serta lori tanah. Nanti bila balik pulak saya nak gi jengok lagi tempat tu, tentu dah ada perubahan mcm u cakap tu. Syukur….ada gak pihak yg. cakna pembangunan di situ.

  6. ank jati bkt besi berkata:

    akum…kita ni anak jati bukit besi……untuk pengetahuan tasik puteri bukit besi dalam proses pembangunan…sudah byk perubahan berlaku….dan untuk makluman…tasik ini akan jadi venue untuk sukma trg 2008 nanti bagi game…kayak……lening..dah ramai pengungung kt cana lah…….kedai makan pun dah ada…..playground dah ada…..untuk senaman kaki pun ada….jom lah datang ke tasi puteri…anda pasti…tak kecewa..hahaha….

  7. infosky berkata:

    Wah… berita baik ni… untuk semua. Akhirnya Tasik Puteri BB membangun juga ye. Nanti tentu ramai orang datang kesini. Saya mesti ajak kkwan gi tengok bila balik trg nnti.
    Terima kasih Anakjati BB atas informasi anda.

  8. ank jati bkt besi berkata:

    saya memang suka lah promo kg sendiri ni…nak suruh glammer mcm zaman kegemilangan bijih besi dulu…….same2 lah atas cakna anda tu erk…..nanti ada pe2 event kt tasik tu saya info lah kat awak…lum pose tiap2 minggu..ada event kt tu…camping bomba seluruh msia….bdk2 uitm ,bdk2 politik training kayak…..

  9. aalangko berkata:

    nk mtk tolong sape2 yg duk bukit besi ni bg info, latest news n pape la psl tasik puteri kat bukit besi ni, sbb kami(pelajar2 UiTM M’sia S.alam) course tourism management plan nk buat project paper tuk develop resort kat area 2. pliz…ur help & commitment are appreciated. terima kasih..

  10. aalangko berkata:

    alamak lupe lak, pliz leave ur infoor juz email me at: alang_metamorphosis86@yahoo.co.uk

  11. Waris BB berkata:

    Hai, salam.
    Bila kerajaan buka UITM kat sini nanti tempat ni akan jadi lebih terkenal dan ramai lagi pengunjung. Semoga tempat ini akan dibangun dengan infrustruktur moden yang lebih banyak.

  12. Linda berkata:

    Saya juga baru2 nie telah dibawa oleh suami ke Tasek berkenaan pada bulan Februari 2008 masa Tahun Baru Cina. Sesungguhnya memang sangat cantik tempat tersebut.Nyaman dan damai. Rugi kalau tak kesana.Saya terigin pergi lagi kesaan jika ada kesempatan.

  13. AZIE berkata:

    Saya juga pernah kesana. rasanya banyak lagi kerajaan negeri kena improve tempat ni, Pada naturenya, tasik Puteri Bukit Besi ni memang sangat cantik oleh persekitaran yang asal dan baik untuk pergi tenangkan fikiran.

  14. nony berkata:

    alamak lawa nye

  15. che'gu berkata:

    salam…
    walau pun sy bkn org bkt. besi, tp sbg anak dungun…tetap terkena tempiasnya. Syukur masih ada yg prihatin utk pembangunan bkt. besi ini. kpd aalangko yg nk buat projek paper resort kt sini tu, pastikan project awk tu mengambil berat tentang kelesatarian tempat ini. Tu je harapan saya.

    tetapi sy masih risau, jk tmpt ini berjaya dibangunkan (insyaAllah), pasti gejala sosial terutamanya anak2 muda akan turut sama ‘membangun’. jd amat besarlah harapan sy agar pihak berkuasa memainkan peranan mereka yg sewajarnya….wallahua’lam…

    Sayangi Dungun, Dungun Membangun.

  16. zulsidi berkata:

    Bukit Besi tanah kelahiran yang sejak iany ditutup aku & keluarga berhijrah ke KT. Lama tak jengok BB. Mana berek famili dulu, mana padang bola aku main dulu. Pegi sekolah bukit besi jalan kaki je ngan kawan-kawan.

    Memori tu masih segar bila aku tengok kg bb aku ni. Aku masih ingat umah aku tu..hampir ngan kg besol sebelah je. hari-hari gi sebab ada kedai. Sekolah masa tu Cik gu Abdullah, adik ayah aku. Lama dah semua dah tua. Ayah aku bawak rock Car tu, aku ingat lagi no. 63. Penah naik. Memori tetap dihatiku

  17. infosky berkata:

    Sya ada di Bukit Besi tengah bulan Dis 08 lepas. Tak sempat lawat tasik puteri (masa tu selalu hujan)tapi round2 kawasan bandar BB ni. Banyak berubah dah… tapi berek kawasan yg dulu panggil Padang Lalang tu masih ade…. Cari jugak yg dulu tu panggil rumah Club, tapi tak ingat kat mana. Ada org bagitau sebuah kedai dekat dengan simpang masuk BB tu ada jual gambar2 lama zaman kegemilangannya dulu, tapi tak sempat nak gi. Balik lain kali nak cari & singgah ke kedai tu….

  18. Catalyst berkata:

    Salam… Bagi aku tasik Bukit Besi amat best dan unik sebab kat atas tasik dan kat bawah pula ada air terjun dan sungai. Pastu ada banyak pulau. Aku terkenang masa zaman 80an dulu, memang ramai giler orang datang Tasik Bukit Besi. Ada yang datang berkelah mandi air terjun atau air tasik. Ramai yang main basikal air atau kayak dan ada yang melihat keindahan tasik dengan menaiki speed boat. Aktiviti pun banyak dijalankan, dan sehingga lah pihak KETENGAH menutup jalan masuk ke Tasik Bukit Besi, setelah dibuka, tidak ramai lagi yang mengunjungi. Aku rasa pihak KETENGAH patut memainkan tanggungjawab memperomosikan semula tasik Bukit Besi. Ini tidak, segala mainan air dibawa ke Kenyir dan pembangunan tasik kini hanya bertumpu di Kenyir.

  19. cikgu s berkata:

    tapi sayang ada sesetengah pihak –> budak2 bukit besi ni (my student la lebih kurang) dah mencemari tasik ni dengan aktiviti sumbang mereka.. hilang kesucian tasik puteri ni dek kerana tingkah laku diorang.. hmmm

  20. reaper berkata:

    dah 17 tahun x berkelah kt bukit besi..
    dulu dari kecik smpai darjah 6..
    ni lah satu2 tmpat bercuti ketika tiggal di bandar AMBS (durian mas)..
    kenangan manis kat sini dapat no.1/no.2 kot pertandingan melukis tasik bukit besi kategori sekolah rendah..nama masuk paper tu..
    lukisan masih disimpan dengan rapi..
    andai benar tasik bukit besi tidak dijaga dengan baik..
    alangkah ruginya..satu ciptaan tuhan yg indah
    kenapa harus dibiarkan begitu saja..
    pihak berwajib (terutamanya KETENGAH)harus memainkan peranan penting demi memelihara tasik ini dari luput tenggelam dek zaman..
    dan dari mereka2 yg mnyalahgunakan tempat ini untuk kepentingan peribadi..
    harap2 satu hari nnti kaki ini akan smpai ke tasik bukit besi setelah sekian lama..

  21. khairu amri berkata:

    maju kan 1 khazanah yg xperlu kita ciptakn kerana ianya sudah sedia
    hargai lh kehijauan alam semulajadi…semoga tmpat ku mmbesar trus maju n dapat smbutan ramai….kepada sapa yang perolehi kontrak untuk menjaga tasik puteri…teruskn n jaga yang terbaik

  22. afifisa berkata:

    alhamdulillah
    tp cantik la gmbr tu. good work

  23. Tanpa Nama berkata:

    mmg tak dinafikan cantiknya tasik putri ni..sejak lahir pd 1961 hingga bukitbesi ditutup masa tu std 3 di NTES..
    saya dtg kembali pd tahun 2008 dan tak lupa ke tasik ini..saya masih ingat sewaktu dulu pernah diadakan pesta oleh EMCO dgn acara renang, kejar itik dan mcm2 lg.. saya mengimbau kembali nostalgia pd masa gemilangnya bukitbesi tu..

  24. Mohamad berkata:

    Salam. Saya dah baca ulasan dan komen anda semua tentang Tasik Puteri BB. Ada yang sedih , ada yang syorkan sesuatu untuk penambahbaikan tanah tempat kelahiran. Saya bukan kelahiran di sini tetapi dah 30 tahun menetap di B Besi. Dah rasa lebih dari kampung sendiri. Sedih ada , duka ada. Gembira sikit sikit. Sediih kerana dah banyak usul yang saya bawa untuk memajukan Bandar dan Tasik Puteri. tapi diorang buat tak tahu. Tak macam bandar lain seperti AMBS atau Ketengah Jaya atau Cheneh. Bangunan kedai 6 pintu yang ada itupun wujud sejak 80an lagi. Itulah pusat bandar. Malu pada orang luar bila tanyakan dimana pusat bandar.. Buat stesen bas, bas tak pernah masuk. Buat kedai 10 pintu dekat pasar tak pernah guna sampai dimakan anai anai. Kemana perancangan diorang tak tahulah. Gembira bila ada sedikit tempias ke B Besi. Wujud UITM, Pusat Koreksional Jabatan Penjara Malaysia, Lombong Bijih besi dah beroperasi walaupun melibatkan sedikit warga tempatan, wujud kawasan perumahan baru di Kg Dendang , Jalan Susur ke LPT dll. Perniagaan lain mula tumbuh seperti Rumah Tumpnagan, Homestay dll.

  25. Tanpa Nama berkata:

    baru ni ada org lemas masa saya kesana

  26. Adelaida berkata:

    Hello there! I know this is kind of off topic but I was wondering if you knew where
    I could locate a captcha plugin for my comment form?
    I’m using the same blog platform as yours and I’m having problems finding one?
    Thanks a lot!

  27. Tanpa Nama berkata:

    sy tinggal dibukit besi n saya juga lahir disini….so…disini ingin sy nyatakan bahawa bukit besi keseluruhanye dah advance dari segi politik,ekonomi,infrastruktur dan segalenyer….datang lah ke bandar bukit besi bukan lagi kampung bukit besi….tourism bandar bukit besi 2013….nak info lebih lanjut silalah berjumpa org bandar bukit besi……..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: